something to share...
i think this should not happen anywhere, anytime...saya mungkin hanya mampu untuk mendoakan kesejahteraan umat Islam kat seluruh pelosok dunia ni, amiiin...
nama suratkhabar : UtuSan maLaysia; luAr neGAra
tarikH : 2 disember
i think this should not happen anywhere, anytime...saya mungkin hanya mampu untuk mendoakan kesejahteraan umat Islam kat seluruh pelosok dunia ni, amiiin...
nama suratkhabar : UtuSan maLaysia; luAr neGAra
tarikH : 2 disember
Jemaah Palestin dihalang ke Mesir
Penduduk Palestin mengadakan tunjuk perasaan di hadapan pintu masuk ke Mesir di sempadan Rafah, sebagai membantah tindakan Mesir menghalang jemaah haji Palestin memasuki negara itu.- Reuters
RAFAH 30 Nov. - Sekumpulan jemaah haji Palestin dihalang oleh pergerakan Hamas daripada meninggalkan Genting Gaza mengikut pintu sempadan ke Mesir, semalam.
Hamas yang menguasai wilayah tersebut dan seterunya, Parti Fatah yang memerintah Tebing Barat saling menuduh, sebagai punca jemaah haji itu tidak dibenarkan keluar.
Warga Palestin yang berharap untuk memasuki Arab Saudi minggu depan bagi mengerjakan haji berkata, polis Hamas mendirikan sekatan 300 meter dari pintu sempadan Rafah dengan Mesir dan mengarahkan mereka berpatah balik.
Pasukan keselamatan Hamas juga menghalang wartawan memasuki kawasan sempadan pekan ini.
Pegawai Hamas menyalahkan Mesir kerana didakwa tidak membuka pintu sempadan seperti yang dipersetujui, manakala Kaherah menegaskan pintu sempadan telah dibuka.
Masalah itu dipercayai berpunca daripada permusuhan antara Hamas dengan Fatah, serta dasar Arab Saudi berhubung pengeluaran visa untuk jemaah haji Palestin.
Di pekan ini, seorang jemaah haji, Abu Abdullah, 60, berkata: "Saya tidak menyebelahi Fatah dan tidak juga menyebelahi Hamas.
"Saya ingin beribadat kepada Allah dan menunaikan haji sebelum saya meninggal dunia."
Beliau menyuarakan rasa kesal kerana persengketaan antara kedua-dua puak Palestin itu telah merebak kepada soal agama.
Arab Saudi sebelum ini menyatakan bahawa visa hanya dikeluarkan kepada jemaah haji Palestin yang mendaftar diri dengan Pihak Berkuasa Palestin (PA) pimpinan Fatah di Tebing Barat.
- Reuters
No comments:
Post a Comment