Tuesday, December 30, 2008

haRapan dan pErancanGan...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


29 disember 2008, bersamaan 1 muharam 1430 hijrah...(walaupun hari ni dah 30 disember 2008)

alhamdulillah, dapat jua saya melangkah masuk ke tahun baru hijrah yang ke 1430 tahun ini...alhamdulillah, segala puji bagi-Mu ya ALLAH...

melangkah ke tahun baru, hari baru menandakan kita semakin hampir dengan usia mati kita...dan apa yg kita dah buat sepanjang hari2 belakang yang lalu? berapa banyak dah amal ikhlas yang kita dah buat? berapa banyak titik peluh kita yang mengalir demi ibu bapa kita? berapa banyak masa kita terbuang untuk agama Islam yang kita mengaku kita cinta ni?

semakin bertambah saat, semakin banyak yang perlu dibuat...hidup ini x perlu dibiarkan kosong, perlu diisi...sebab hidup hanya sementara, kita mana tau bila kita nak mati...dan kita pun x tau apa kesudahan hidup ni, yang kita pegang selama ni (majoriti orang percaya) pada sunnatullah...what you give, u get back...hukum karma, sumenye relevan...tapi keistimewaan kita orang islam ni kita ada qada' dan qadar ALLAH, ALLAH jaga kita sehabis baik...dan kita sentiasa perlu bersangka baik dengan ALLAH



(kredit utk kak kema sebab bagi pinjam buku ni...)


boleh menulis begini sebab terpercik dengan bacaan daripada buku ATN karangan ustaz hasrizal tadi, alhamdulillah berjaya dihabiskan hari ni...seiring pulak dengan kedatangan tahun baru yang diharapkan lebih bermakna ni

baca buku tu buatkan saya tersedar, tersentak, dan berfikir semula tentang kehidupan ni...(review buku ATN akan dipost nanti) sampai bila saya akan begini, dah cukup mantap ke tahap kehidupan saya sekarang? dan jawapannya jelas dan nyata belum, baik dari segi lahiriah atau batiniah...tak maju ke orang yang berfikir macam ni? sekurang-kurangnya dia berfikir...dan si pemikir tu perlu betindak untuk membaiki semula cacat cela tu, ya kita x boleh jadi sempurna...tapi kita boleh menghampiri kesempurnaan tu

baca blog abg hilman membuatkan saya terfikir tentang peranan saya dalam masyarakat, x kisahla kat rumah kat kolej atau kat bandar...betul, saya yang perlukan mereka bukan mereka perlukan saya...sedikit sumbangan x luak pun, asalkan buat demi ALLAH...kita akan rasa tenang, kita x dapat balasan dunia tapi ada habuannya di alam sana...insyaALLAH

banyak sangat kena fikir, tapi fikir tanpa tindakan nak wat pe...tadi dok berdiskusi ngan abah mama (aliaa join kemudian) kat meja makan sambil minum petang, tentang anak dara mereka yang x join perbincangan ni...

tengok betapa prihatinnya abah mama tentang perkembangan along sungguhla buat saya pk betapa berat tanggungjawab ibu ayah ni, dah la baru lepas baca buku ATN tu...makes m3 afraid of marriage? thinking of it yes, afraid maybe not...percaya pada ayat ALLAH yang dalam setiap kesulitan itu akan menyusul kesenangan membuatkan saya tidak takut pada cabaran itu, mesti ada orang cakap "cakap senangla, cuba rasa tengok"...ye betul, cakap tu senang...tapi tau ke setiap yang kita cakap ni akan dihitung dan dipersoalkan? maka, baik x yah cakap kalo x percaya benda tu...

tanggungjawab; apa yang ditanggung perlu dijawab...kata2 cikgu aza masa ngaja bm dulu masih terngiang-ngiang, dia selalu ingatkan anak2 murid dia pasal tanggungjawab ni...betullah, semua benda yang kita buat ada kesannya...x banyak pun sikit, bak kata org putih 'things happen for a reason'...itu betul, dan kalo benda jadi tanpa sebab tu sumenye rahsia ALLAH...kita tidak perlu pertikaikan

harapan atau orang kata azam saya untuk tahun baru ni sudah tentu nak menjadi yang lebih baik dari yang sebelum ni, lebih baik macamne? matlamat kena jelas (bak kata fasi2 senior KKTB)...

saya mahu jadi seorang hamba yang sedar dirinya hamba semata, dan hanya mempunyai tempat bergantung pada ALLAH...

saya mahu jadi kuat dari segi mental dan fizikal, la ni saya sangat lemah...saya x mahu kalah, saya mahu sentiasa diredhai-Nya...

saya mahu berjihad...

saya mahu jadi anak yang tidak menyusahkan ibu bapanya (ini mustahil), sekurang-kurangnya dapat mengurangkan beban mereka...

saya mahu jadi seorang sahabat agar saya dapat seorang sahabat...

saya mahu jadi hamba yang bersyukur sentiasa...

semoga semua harapanku dimakbulkan ALLAH...

saya berharap, dan saya perlu berusaha untuk mendapatkannya...dan semuanya bergantung pada ALLAH, dan hanya DIA yang tahu apa yang terbaik untuk saya...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


salam maal hijrah...

No comments: