Saturday, February 27, 2010

warna dan solat...

got something from facebook, and i think its interesting...

let's read...

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tida k asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.

Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tida k dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.

Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar s uda h mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita ;)

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar t ida k berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.

Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya . :?

kredit to my sis, and her friend...=)

Friday, February 26, 2010

saLam sejaHTera ke aTas kaMu...

ummati...
ummati...
ummati...





cinta Rasulullah kepada ummatnya tidak dpt digambarkan dengan kata2...malahan, Baginda merindui saudaranya (ummatnya yang belum ada waktu itu) sebelum berjumpa dengan mereka...bertuahlah kamu, kerana dipilih ALLAH untuk menjadi sebahagian pengikut Rasulullah...

sungguh, x de nikmat yang lebih bernilai daripada anugerah ini...bersyukurlah, dan zahirkan kesyukuran itu dengan patuhi suruhanNya...dan ikuti sunnah kekasihNya

=)

salamun alaik...hoho

kepada pembaca setia blog berabuk ni, dan juge yang kdg2 drop by...hee hee, ampun ya ibu...ampun juga pak, haha...bukan x mo tulis, tp mengupdate prkmbgn org len amek mase lebih lame dr jenguk blog sniri...ye la, lepas berhibernate dr dunia intenet ni dlm 2 3 minggu tros cari mase melihat sejauh mana dah perjalanan idup kawan2 sekitar...haha, maafkan kekhilafan saya...

pas tempoh hibernate, saya amek sedikit masa untuk bermesra dengan alam sekitar...dan, kali ni saya cube bende baru...kalo dulu dok men tepi sungai denga air bertasbih je, tp kali ni cube tawan sebuah gunung...ciptaan ALLAH yang penuh misteri =)

subhanALLAH, alhamdulILLAH...x terkata rasenye bile dibukakan peluang ni, dan berjaya pulak menikmati ciptaan ALLAH dengan pemandangan yang luar biasa...sangat cantik, indeed...

nak tau cerita detail, sila belek cerita di sini...thanx asma' for updating it in that details, hik hik...

skrg ni, pantang denga nama gunung...mesti teruja nak naik

frankly, x penah terpk yg pengalaman nek gunung ni sgt mengujakan...hmm, jika ada kesempatan dan kemampuan insyaALLAH akan jejak mana2 puncak lagi pasni...

sempena maulidur Rasul ni, jom same2 kerapkan lagi pembasahan lidah kita dengan selawat ke atas Nabi kita...semoga syafaat darinya dpt kita rasa di Sana nanti, insyaALLAH...amiiin

mase naik dan turun gunung, boleh amalkan sunnah Rasulullah...mase naik, cakap ALLAHuakbar...masa jalan rata, sebut subhanALLAH...dan, masa turun sebut alhamdulILLAH...sebab, ALLAH bersama kita...walau di mana kita berada

=)

miss you guys, a lots...please remain faithful with hiasanduniawi ni, hehe...