Showing posts with label aRtiKEL akhBar. Show all posts
Showing posts with label aRtiKEL akhBar. Show all posts

Monday, July 13, 2009

gigi paSaNg siAp


artikel diperoleh daripada sisipan akhbar berita harian...


SILA KLIK SINI

mahal kos nak wat implan gigi ni...tech makin canggih, harga material makin mahal...

huhu, padanla doktor gigi kaya2 eh...

saya x pernah tahu hakikat itu...

maka, sapa2 yang nak tanam gigi sila jumpa saya dan rakan2 saya yang lain ye...hehe

entry ni spontan, x de unsur2 lain yang x berkenaan...harap maklum

Sunday, June 21, 2009

iNi meNariK...

masa membelek akhbar, terbaca tajuk ini :

Pelajar universiti lebih gemar bercinta - Tajuddin

hohoh...saya pun baca taipan seterusnya

ini realiti, betapa pentingnya golongan mahasiswa ni sampai semua orang ambil tahu hal mereka...

tapi mereka yang kononnya penting ni sedar x yang mereka diperhatikan?

majoriti, golongan mahasiswa terjebak dengan isu panas ni...terlalu jelas, sampai sume pihak naik risau...

golongan mak bapak kat luar nun pasti risau dengan berita sebegini...

sikap prihatin yang sepatutnya menjadi agen kawalan kepada sikap anak2 itu...

zaman sekarang bukan macam zaman dulu...

semua orang perlu sedar itu...

sesuaikan tindakan mengikut edaran zaman...

...apa pendapat kamu?

Sunday, June 14, 2009

banGun, baNguN!!!

selalunye saya x suke gune tanda seru dalam penulisan...

sebab rasa cam kasar...

tapi sebenanye tanda tu perlu, untuk menimbulkan rasa...

ada baca paper hari rabu lepas?

ada baca berita ni???

apa kamu rasa?

ALLAH dah bagi bahagian mereka, bahagian kita belum tentu...

sila sedar sebelum terlambat...

sila buat sesuatu!

semoga kesudahan mereka yang tragis ni menjadi permulaan yang indah kepada mereka di alam sana...

kita punya macam mana?

bila baca dialog ahli keluarga mangsa yang masih hidup, sangat kagum dengan rasa redha mereka...

kita boleh ke macam tu?

ya ALLAH...kurniakan aku kekuatan itu

......................kurniakan aku peluang itu

Tuesday, December 9, 2008

smiLey faCe in thE skY,,,

dah lame dah fenomena ni berlaku...
quite interesting...
that night one of my friend ask m3 to look at the moon, he said the sky is very beautiful...
but, i didn't follow the saying...huhu
just because he is not someone...
but still, i can watch it in the paper the next day...

nama suratkhabar : utuSan maLaysiA
tarikh : 2 disember 2008

FENOMENA CAKERAWALA...



(tentang buLan...)


Bulan sabit yang kelihatan tersenyum berada dengan kedudukan dua bintang Musytari dan Zuhrah di atasnya, dirakamkan oleh jurugambar Utusan, Djohan Shahrin Shah kira-kira

pukul 8.25 malam di Sungai Besi, semalam. Gambaran ini turut disaksikan

di Kathmandu, Nepal dan beberapa negara lain.

Tuesday, December 2, 2008

tidak paTuT...

something to share...

i think this should not happen anywhere, anytime...saya mungkin hanya mampu untuk mendoakan kesejahteraan umat Islam kat seluruh pelosok dunia ni, amiiin...

nama suratkhabar : UtuSan maLaysia; luAr neGAra
tarikH : 2 disember

Jemaah Palestin dihalang ke Mesir

Penduduk Palestin mengadakan tunjuk perasaan di hadapan pintu masuk ke Mesir di sempadan Rafah, sebagai membantah tindakan Mesir menghalang jemaah haji Palestin memasuki negara itu.- Reuters


RAFAH 30 Nov. - Sekumpulan jemaah haji Palestin dihalang oleh pergerakan Hamas daripada meninggalkan Genting Gaza mengikut pintu sempadan ke Mesir, semalam.
Hamas yang menguasai wilayah tersebut dan seterunya, Parti Fatah yang memerintah Tebing Barat saling menuduh, sebagai punca jemaah haji itu tidak dibenarkan keluar.
Warga Palestin yang berharap untuk memasuki Arab Saudi minggu depan bagi mengerjakan haji berkata, polis Hamas mendirikan sekatan 300 meter dari pintu sempadan Rafah dengan Mesir dan mengarahkan mereka berpatah balik.
Pasukan keselamatan Hamas juga menghalang wartawan memasuki kawasan sempadan pekan ini.
Pegawai Hamas menyalahkan Mesir kerana didakwa tidak membuka pintu sempadan seperti yang dipersetujui, manakala Kaherah menegaskan pintu sempadan telah dibuka.
Masalah itu dipercayai berpunca daripada permusuhan antara Hamas dengan Fatah, serta dasar Arab Saudi berhubung pengeluaran visa untuk jemaah haji Palestin.
Di pekan ini, seorang jemaah haji, Abu Abdullah, 60, berkata: "Saya tidak menyebelahi Fatah dan tidak juga menyebelahi Hamas.
"Saya ingin beribadat kepada Allah dan menunaikan haji sebelum saya meninggal dunia."
Beliau menyuarakan rasa kesal kerana persengketaan antara kedua-dua puak Palestin itu telah merebak kepada soal agama.
Arab Saudi sebelum ini menyatakan bahawa visa hanya dikeluarkan kepada jemaah haji Palestin yang mendaftar diri dengan Pihak Berkuasa Palestin (PA) pimpinan Fatah di Tebing Barat.
- Reuters

Monday, December 1, 2008

moMoK maLaM juMAaT...

nama suratkhabar : utUsan maLaysiA
tarikh : 27 november 2008

Hentikan budaya momokan Jumaat
Oleh SYED MIKAEL RIZAL AIDID

malam Jumaat yang penuh kemuliaan untuk umat Islam semakin dicemari. Daripada momokan mitos, cereka layar panggung hinggalah ke kaca televisyen, sentimen malam Jumaat sering disalah ertikan. Malam barakah yang sepatutnya dihiasi dengan amal ibadah, yasin dan tahlil, tampak lebih mesra di kalangan umat Islam khususnya Melayu sebagai malam yang seram lagi menakutkan.
Bergenerasi lamanya mungkin datuk, nenek kita telah menjadikan cerita-cerita seram berkaitan malam Jumaat ini sebagai mekanisme untuk menakut-nakutkan kita yang nakal semasa kecil dulu. Sedar atau tidak, cerita-cerita ini semakin mengakar dalam hidup orang Melayu, hatta hendak melintas pokok besar pun masih hendak meminta izin pada 'datuk' yang menjaganya.
Syarikat-syarikat produksi filem yang mengeluarkan lambakan cerita-cerita 'hantu' dan seram kepada syarikat televisyen perdana juga menyumbang kepada budaya negatif ini.
Menambahkan lagi perisa dan rencah kepada 'penghayatan' cerita ini, sudah tentu slotnya ditayangkan pada malam Jumaat, malam yang kononnya amat 'misteri' bagi penggemar-penggemar alam mistik. Amat malang sekali apabila malam yang sepatutnya diisi dengan fadilat kebesaran hari Jumaat, siri-siri diskusi ilmiah dan slot-slot tazkirah diganti dengan pengisian mitos dan melalaikan.
Makhluk
Islam tidak pernah menafikan akan kewujudan makhluk halus dan alam ghaib. Islam dari awal lagi telah meletakkan garis yang jelas untuk kita percaya akan kewujudannya dan dalam masa yang sama melarang kita takut kepadanya. Ketakutan kita yang paling hakiki hanyalah mutlak kepada Allah SWT.
Minat yang mendalam kepada perkara ghaib ini jelas berlaku di kelas-kelas agama di sekolah, bila membincangkan tentang bab alam ghaib dan makhluk halus, yang menjadi perhatian pelajar adalah bagaimana rupa bentuk makhluk yang mengerikan itu (khususnya jin dan syaitan) dan bukannya kepada hal-hal yang memberitahu kenapa Allah SWT menjadikan 'mereka' dan perihal bahawa 'mereka' juga wajib beriman kepada-NYA.
Kecenderungan inilah juga yang dipercayai menjadi penyelesaian mudah bagi guru-guru menayangkan 'sajak kematian' kepada pelajar naif semuda 7 tahun di beberapa buah sekolah baru-baru ini.
Kesan langsung akibat pendidikan dan rangka bina kehidupan seseorang yang selama ini diisi dengan elemen-elemen seram dan tahyul, tidak dapat tidak akan melahirkan generasi yang penakut.
'Ketakutan buatan' inilah yang menjadikan generasi muda kita pada hari ini seakan-akan takut mencuba, takut gagal, takut ke depan, hatta mahu memberi cadangan pun takut.
Justeru, budaya memomokkan anak bangsa kita dengan ketakutan wajar dihentikan segera. Ia harus bermula dengan kesedaran ibu bapa yang mendidik anak-anak dengan kasih sayang dan ketegasan dan bukannya dengan momokan ketakutan dan tahyul.
Pihak Kementerian Penerangan juga wajar mengeluarkan arahan tegas agar setiap syarikat televisyen menghentikan menyiarkan tayangan berunsur seram pada setiap malam Jumaat demi menghormati hari yang mulia itu.
Tidak dinafikan 'hit' atau respons penonton muda terhadap rancangan seperti ini memang tinggi, serta slot iklan di celah-celah cerita seram itu juga menyumbang kepada 'pengayaan' dana syarikat televisyen gergasi negara. Sedarlah, setiap satu saat tayangan yang sarat dengan budaya negatif ini akan memberi kesan langsung kepada pembentukan akhlak generasi muda kita.

bila baca tajuk ni ingatkan x de pape, isi biase je...tapi tibe2 terasa nak teruskan pembacaan, pastu bace laa...dush!!! kena sabijik...huhu, saya ni sebenarnye pengikut setia cerita seram malam khamis kat tv3 tu...yang pukul 9.30 malam tu, mula dengan cerita "kekasihku seru" je sebenarnya...berlanjut pulak dengan cerita "puaka niyang rapik", tapi cite tu je yang saya tengok, lepas tu sambung belajar dan buat rutin biasa setiap malam...hurm, tapi tetap terasa bila baca artikel tu...insyaALLAH, selepas ini akan tingkatkan lagi kualiti ibadah...