Monday, September 28, 2009

in the pinK moOd

(pink sana sini)

salamun alaik...


subhanALLAH, alhamdulILLAH, ALLAHuakbar...



first thing first...


a big apology to all for not updating for quite sometimes...


some things need to be mend, and the works are still in progress...


(and i think the blog also need some changes...hurm, will come to that later...insyaALLAH)



a wrap up for ramadhan...



bulan yang amat pantas berlalu...


namun tetap terus mengharap rahmat, keampunan dan pembebasan dari api neraka-Nya...


awal2 ramadhan pegi terawikh kat masjid kat rumah, nampak beberapa warga emas naik basikal mase nak balik rumah...so sweet, ade yang sepasang ade yang solo...terpikir gak, mungkin ke suatu masa nanti akan berada di tempat mereka? haha, maybe not...selalu terfikir yang orang naik basikal yang ada bakul tu sangat sweet, x kesa la laki ke pempuan...*wink*


ramadhan berlalu ngan pelbagai ragam bersahur dan berbuka...


selain rutin harian yang x pernah berhenti...



pergi ke tempat sama untuk berbuka, tetapi dengan orang yang berbeza...dan alhamdulillah, tiada yang ketinggalan...semoga diri lebih kuat mengharungi setiap cabaran



bila bulan ramadhan sudah mahu bertukar menjadi anak bulan syawal, debaran merebut sisa2 akhir hadiah-Nya makin meningkat...setiap detik sangat berharga, langsung x mahu bazir2...alhamdulillah, sekurang-kurangnya ALLAH bagi peluang tambah amal...



menjelang hari raya, memang x rasa suasana beraya macam zaman kanak2 dulu...sebab 2 3 menjak raya ni kene jadi yang menyediakan dan memastikan keadaan, kalo dulu hanya tunggu masa...tapi hikmahnya, lebih faham apa maksud kembali ke fitrah itu...syukur, alhamdulillah...=)



percutian raya yang kusam pada awalnya tetapi betukar menjadi warna-warni di hujungnya...subhanALLAH, nikmat-Mu terlalu banyak...x terjangkau di fikiran, alhamdulillah...



menghabiskan sisa2 cuti raya dengan keje2 di hujung waktu, huhu...perlu ubah ini



dan sekarang, sudah kembali ke sekolah...semoga yang di hadapan lebih baik dari yang di belakang, amiiin...=)



satu - belum dapat menyelami nikmat itu di hari raya seperti yang sepatutnya...it's not a bad thing, just need to search for it...




dua - dia perlu lebih kebal dan kental dihujani 'the expected surprises'




tiga - doa itu x kan pernah putus




empat - teruskan tersenyum bersama matahari, dan tertawa bersama bulan bintang...




lima - apabila segala yang berbeza mencari satu titik persamaan...



subhanALLAH...


alhamdulILLAH...


ALLAHuakbar...

Sunday, September 6, 2009

sebeLas...

nombor yang cantik...

nombor yang saya suka...

=)

sebenanye nak kongsi sikit sebanyak tentang isi kuliah selepas terawih dari ustaz yazid...

tajuknye, 11 tanda ahli syurga...

mari kite cek ye...

1. bersungguh-sungguh dengan urusan akhirat dan tidak memberatkan urusan dunia -Rasulullah S.A.W. melihat pesta sambil menangis, bukan gembira macam orang zaman sekarang...

2. kemahuan beribadat kepada ALLAH sangat tinggi - selagi berpeluang, selagi tu ibadat x putus...lagi2 zikrullah

3. tidak bercakap perkara sia-sia dalam apa jua keadaan - lebih baik diam daripada mengatakan yang tidak baik

4. memelihara solat 5 waktu - solat di awal waktu, berjemaah, khusyu', dan mengikut sunnah

5. menjaga daripada perkara haram dan syubhah walaupun sedikit - bila ragu2, terus berpaling dan cari alternatif lain

6. bersahabat dengan para solehin - carilah sahabat yang dapat memalitkan bau minyak wangi di badan kita

7. merendahkan diri, tidak sombong atau jahat - buat baik berpada-pada

8. bersifat dermawan, suka bersedekah - memberi walaupun dengan yang sedikit, lagi2 di bulan mulia ni

9. kasih kepada makhluk ALLAH - termasuk semua flora dan fauna yang melata

10. jadikan diri bermanfaat kepada orang lain - bukan beban, jadilah biji benih yang bisa bertukar menjadi pulau yang subur dan cantik walau dicampak di laut mana sekali pun

11. selalu mengingati mati - mati itu pasti, hidup insyaALLAH

recheck, reschedule, redo...semoga dipermudahkan segala urusan ^_^

dan semoga dikurniakan syurga di kehidupan abadi, dan dijauhkan daripada azab api neraka...amiin amiin amiiin ya rabbal alamin

Wednesday, September 2, 2009

huTaNg...

salamun alaik...

subhanALLAH...


(kadang2 nak jugak masa mengejar kita kan)

sedar x sedar, dah jauh masa meninggalkan kita...cepat betul masa berlalu, dan kita semakin hampir dengan kematian...semoga pengakhiran yg fana ni adlh permulaan terbaik untuk yg kekal itu, amiiin...

(semoga tidak menanggung bebanan sebegini di SaNa nanti)

masa tgh belek2 message2 lame dalam hp td, terjumpe satu saved message yg tertulis jumlah hutang2 saya ngan org sekitar...hurm, rasenye sume dah terbayar...tp mungkin ade yg saya terlepas pandang, saya pun x sure...kalo saya ada hutang ngan sape2 sila tuntut ye, mungkin saya terlupa atau belum berkemampuan...tapi, please remind m3 of that...

(selera di malam hari)

malam ni sahur roti pisang, insyaALLAH...semoga mudah terjaga selepas berniat, seperti yg sebelum2 ni...walaupun dlm keadaan yang kurang menyenangkan, haha...

dah hampir sebulan dok usha blog orang ramai je...alhamdulillah, dah ramai yang menceburkan diri dalam bidang ni...semoga lebih banyak sumbangan dan manfaat yang dapat diberi kepada semua pembaca, insyaALLAH...selalu kalo jumpe blog2 baru, memang seboleh-bolehnye nak bace dari post pertama...saya memangla skema bab2 gini, nak kene teratur je...huhu, tapi ilmu tu ade kat mana2 kan...di samping dapat mendalami pemikiran pemilik blog

(jalan menuju ALLAH)

bulan puasa, ramadhan al-mubarak...ap bezanya bulan ramadhan tahun ni dgn tahun2 sebelum? banyak bezanya, insyaALLAH ke arah yang lebih baik...walaupun dalam suasana yang bukan pilihan, tapi rencana ALLAH adlh yang terbaik kan? maka, x perlu mengeluh...be silent and redha, tapi terus mengadu pada-Nya...supaya cinta itu lebih subur, lebih terasa dekatnya kita dengan pencipta...insyaALLAH

dugaan datang dan pergi, cubaan merangkak dan berlari...subhanALLAH, indahnya hidup...ALLAH memang sangat tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya, terima kasih ya ALLAH...ampunkan saya

semoga baki ramadhan yang tinggal tidak disia-siakan rahmatnya, buatlah baik walau sedikit...cegahlah mungkar walau hanya dengan detikan rasa di hati

usaha semaksimum mungkin, doa dan tawakal...sesungguhnya hanya redha ALLAH yang kita mahu kejar, x de yang lain...semoga segala perkara dipermudahkan Dia

p/s - hari ni sangat damai...sangat suka =)

p/s ke-2 - nikmat ukhwah amat indah, say...thank you ALLAH =) =)

p/s ke-3 - selamat menjalankan tanggungjawab di bahu =) =) =)

p/s ke-4 - perlu sentuhan berbeza di sini, semoga ada masa menyenikannya...hohoh