nombor yang cantik...
nombor yang saya suka...
=)
sebenanye nak kongsi sikit sebanyak tentang isi kuliah selepas terawih dari ustaz yazid...
tajuknye, 11 tanda ahli syurga...
mari kite cek ye...
1. bersungguh-sungguh dengan urusan akhirat dan tidak memberatkan urusan dunia -Rasulullah S.A.W. melihat pesta sambil menangis, bukan gembira macam orang zaman sekarang...
2. kemahuan beribadat kepada ALLAH sangat tinggi - selagi berpeluang, selagi tu ibadat x putus...lagi2 zikrullah
3. tidak bercakap perkara sia-sia dalam apa jua keadaan - lebih baik diam daripada mengatakan yang tidak baik
4. memelihara solat 5 waktu - solat di awal waktu, berjemaah, khusyu', dan mengikut sunnah
5. menjaga daripada perkara haram dan syubhah walaupun sedikit - bila ragu2, terus berpaling dan cari alternatif lain
6. bersahabat dengan para solehin - carilah sahabat yang dapat memalitkan bau minyak wangi di badan kita
7. merendahkan diri, tidak sombong atau jahat - buat baik berpada-pada
8. bersifat dermawan, suka bersedekah - memberi walaupun dengan yang sedikit, lagi2 di bulan mulia ni
9. kasih kepada makhluk ALLAH - termasuk semua flora dan fauna yang melata
10. jadikan diri bermanfaat kepada orang lain - bukan beban, jadilah biji benih yang bisa bertukar menjadi pulau yang subur dan cantik walau dicampak di laut mana sekali pun
11. selalu mengingati mati - mati itu pasti, hidup insyaALLAH
recheck, reschedule, redo...semoga dipermudahkan segala urusan ^_^
dan semoga dikurniakan syurga di kehidupan abadi, dan dijauhkan daripada azab api neraka...amiin amiin amiiin ya rabbal alamin
No comments:
Post a Comment