dengan nama ALLAH yang maHa pemuraH lagi mahA penYayanG,
selawat dan salam terhadap junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.
dah lama x membuat luahan hati di sini (lama la sangat)...entah sebab kesibukan ataupun keadaan diri yang kurang stabil atau apa, yang pasti hambatan masa sangat membantu dalam ketidaksempatan masa untuk saya menaip beberapa perenggan ayat di dunia maya ni...
sepanjang minggu pertama persekolahan, i.e. kuliah...
bermula dengan kehadiran saya di kolej tercinta ni pada hari ahad tu, hari yang gembira dan disudahi dengan kegembiraan juga...alhamdulillah
hari isnin agak chaotic, rasanya dah post entry pasal hari ini...hari itu pun berakhir dengan suasana tenang (luaran), hoho...tapi, dalaman? siapa tahu...
hari selasa berjalan seperti biasa, tapi kekurangan sedikit warna pada hari itu sebab kesalahan atau boleh dikatakan kejadian yang berlaku pada hari sebelumnya...tapi sebab dah biasa, maka saya teruskan hidup seperti sedia kala...haha, ayat x bleh bla...dan berakhir selepas meeting kkk yang agak kurang 'self belonging' bagi saya...
adeh, hari rabu rasanya dah mula plan untuk burfday cahaya yang agak nampak jalannya...disebabkan cahaya adalah da main figure, dia x dapat la nak nolong dalam menyumbang idea2 bernas cam die selalu buat sebelum ni...maka, kami (saya, kak aiman dan ain) agak ketandusan idea...huhu, tambah lak ngan ain yang blur2 kabur sebab pk banyak sangat mende untuk KKTB netball team...makin berdebar merancang hari kejadian yang semakin hampir
untuk cahaya ni kami meneruskan tradisi membeli hadiah untuk main figure, macam yang dah dibuat pada birthday mereka yang baru lalu...beli pun tempat yang sama, dan penantian pun lebih kurang sama...cuma syukur kali ini dapat pengalaman bersembahyang (asar waktu tu) kat surau central market yang di atas bumbung tu, menarik konsepnya...saya suka, dan kalo ada rezeki dapat rumah ada bumbung saya ingat nak buat bilik sembahyang di atas bumbung dan silingnya akan dibuat daripada kaca ke apa2 material yang boleh nampak terus kebesaran ALLAH (langit je, yang tepi2 x leh sebab aspek2 keselamatan...)...cambest je, insyaALLAH...
teruskan dengan plan birthday cahaya ni, sebenanye agak susah nak laksanakan sebab kekurangan waktu dan ahli fikir...tapi untuk birthday kali ni kami cadangkan nak sambut kat luar kawasan kolej, tibe2 je idea tu datang...mungkin keadaan kolej sekarang ni yang mendorong
rancangan asal yang hampir x jadi tapi akhirnya berjaya juga dilaksanakan, alhamdulillah...banyak duagaan dan halangan untuk merealisasikan rancangan ni, siap lepas dah selesai tu pun masih berterusan ujiannya...segala puji bagi ALLAH, tuhan sekalian alam...
opps, macam dah skip hari je...rasenye cerita hari rabu tu x abeh lagi, ke dah abes? cam ingat2 lupa hari ini, nape yek...mungkin x de mende yang penting berlaku hari tersebut
ari khamis lak, ari kemuncak plan birthday cahaya...siangnya adalah hari yang biasa, ada gak cahaya tersasul2 menyebut tarikh hari semalam dan hari ni masa berborak...tapi rasanya tu natural, bukan dia sengaja nak ingatkan kami tentang birthday dia (i've been there, so i know the feeling)...apa aje la yang saya mengarut ni, malam khamis ni kami ada training netball (setiap malam ada rasanya)...handball pun kebetulan ada sekali, so kami ni (kecuali kak aiman, tikah dan cahaya serta amal plus yana) hanya menunggu masa training habis untuk menyertai kejadian yang sudah dirancang tu...
malam tu, suasana di court cam sangat best...x tau apa yang best, saya rasa sangat tenang...atau best, camane nak gambarkan tah...rasa macam tu sampai ke penghabis waktu, tiba2 dapat kol dari kak aiman...mintak teman gi beli dominos, yana pun ada sekali...x sal2 dia pun terlibat dengan rancangan ni (dia kata nak jadi setan sambil wat gaya tanduk kat kepala sniri), rasenye die berubah jadi angel atau penyelamat masa kejadian sebenar...haha, terima kasih x terhingga pada cik yana sebab ada bersama kami malam itu...dan alhamdulillah
cerita kejadian malam tu dah diterangkan oleh kak aiman dengan separa complete kat blog dia, hehe...ada gak part lawak dalam entry akak tu, anyway saya bersyukur saya masih ada di sini...dan saya bersyukur saya dapat pengalaman accident motor, dan saya bersyukur dikurniakan rakan2 yang amat mudah menghulurkan bantuan...dan saya sangat bersyukur tidak cedera teruk malam itu
sekadar ingin meluahkan rasa penghargaan kepada individu2 tertentu...
kak aiman : sebab banyak sangat berkorban untuk da whole week (as in my whole week if not theirs pun, if u know what i mean...) dan mengepostkan cerita birthday cahaya di blog akak (sebab saya x yah cite lagi sekali...hehe)
ain : at last dapat menyumbangkan idea yang dapat digunakan masa mintak pilih words untuk letak kat pinggan cahaya (setelah diedit2)
tikah : membantu menguruskan cahaya pada malam kejadian dan turun bukit dengan penuh gembira (apakah...?)
dikni : bersama-sama saya masa kejadian berlaku, dan saya tahu saya percayakan dia...semoga cepat sembuh dari kecederaan
asmak : turut menyumbang dalam memberi idea, dan mengejutkan saya dengan ringtonenya (kalo x silap) pada pagi hari kejadian
amal : pinjamkan skuter fik dan membawa birthday girl ke tempat yang dirancang, plus sanggup menjadi bidan terjun untuk merealisasikan perancangan kami...
yana : membetulkan kecacatan kek serta membawa saya pulang ke kolej dengan selamat dalam terketar-ketar
fik : meminjamkan skuter dan sporting menghadapi berita kecederaan skuter (words pinjam)
wan : balas mesej saya akhirnya dan membantu menyelesaikan separuh masalah kami
hafiz : membantu serba sedikit dalam memberi idea lokasi bengkel
syukri : bertanyakan keadaan kami (x tau dari mana dia tau) dan bagi saya nasihat yang betul2 kena batang hidung sniri (walaupun dalam cara bergurau), insyaALLAH saya akan buat sampai bila2
banyak lagi sumbangan mereka ni, dan yang pasti terima kasih ya ALLAH sebab mengurniakan sesuatu yang amat berharga dan yang boleh saya ambil iktibar dan mensyukuri nikmat-Mu...
ari jumaat gi kelas dan pastu setelkan hal skuter fik dan rawatan dikni sampai tengah hari, waktu zohor berada di 6th college dan mendapat pengalaman baru serta kawan baru di situ...alhamdulillah
ari sabtu ade friendly match ngan ASTAR, dan group netball kami menang...mungkin first belum all out and good luck to both colleges for the real match soon, ada kejadian yang x diingini hari ini (kalo boleh cakap kejadian la), x tau la yang ni akan berlanjutan sampai bila...semoga semuanya berakhir dengan baik, amiiin...
ari ahad, senaman pagi yang indah...kol 11 baru stop training, dasat...tapi best, especially part cooling down...dan sebab x de orang sangat waktu pagi, tengah hari lepas lunch pegi FIS...not bad, macam family day KUAZ suatu ketika dulu plus da donation and PC fair and health checkup parts...petang saya keluar ngan along dan aliaa, beli kasut sukan dan survey handphone (secara x sengaja)...hampir beli, tapi stok x de...dan insyaALLAH akan dibeli ari rabu ni, saya akan keluar dengan ain...lepas tu balik umah jap naik teksi (nasib baik x naik teksi tipu yang charge rm40 untuk balik ke batu caves dari mid, huhu) dan makan nasi ayam mama yang sedap sebelum balik ke kolej untuk meeting balai yang berlangsung lebih kurang 2 jam setengah, macaM2 input ada...semoga outputnya juga setanding dengan penggunaan masa yang cukup lama tu, amiiin...malam tu je ade 3 benda kena attend, tapi satu x dapat sebab meeting habis lambat sangat...ari ahad berakhir dengan kesuraman perasaan yang penuh rahsia~
ari ni? saya bersyukur masih diberi peluang untuk meneruskan sehari lagi dalam hidup yang macam2 warna ni, dan malam ni ada game football pertama untuk SUKMUM...KKTB akan lawan dengan kolej 5 bagi perlawanan dalam kumpulan, semoga berjaya!
dalam pada saya mengharungi hidup sepanjang minggu ni, semakin ramai penduduk paLesTin yang kehilangan nyawa tanpa sempat menyelamatkan diri...semoga ALLAH melindungi mereka semua, amiiin...
2 comments:
dlm keadaan pg yg of kos xmandi + gosok gg lg (maka muka pn amat pyh nk snym) terledak gak ketawa tang ayat..
"tikah : membantu menguruskan cahaya pada malam kejadian dan turun bukit dengan penuh gembira (apakah...?)"
akak pn pelik kenapa mereka bergembira menuruni bukit mlm 2.. hurm.. lets tink.. =p
yana = devil become angel..nice! =D
haha...
punyela commited ngan laptop sampai ngadap skrin pun x mandi...
isy3...=P
itu ar, saya pun musykil...tapi suara dia sangat gembira masa berlari tu...hehe
nice experience rite...=)
Post a Comment