Friday, January 2, 2009

bAiT aL-muSLim...

bOok titLe : Aku Terima Nikahnya
bOOk writer : Hasrizal Abdul Jamil
bOOk pUbLisHer : Galeri Ilmu Sdn. Bhd.


buku yang agak popular rasenye, baru dapat baca even dah lama sepatutnya dapat peluang belek buku tu (dari hjg sem lepas)...alhamdulillah, sangat banyak pengajaran dalam buku ni

kalo nak amek some of the phrases yang mengajar saya, rasenye there are too many...

buku ni tekankan realiti, dan kehidupan di masa depan...some of the statements da penah denga live masa pegi ceramah ustaz ni dekat fakulti pendidikan suatu masa dulu

dan sebagai seorang perempuan, lepas je baca buku ni saya tau saya perlu melengkapkan diri saya untuk membina sebuah keluarga yang diredhai ALLAH...

rasanya semua orang pun nak dapat keluarga yang baik, dan buku ni sebenanye boleh dijadikan panduan serba sikit...dari mula berkenalan sampaila cara mendidik anak di dunia yang serba serbi nak cepat dan sibuk sekarang ni...

buku ni ke arah motivasi, dan serba sedikit mendapat sentuhan pengalaman peribadi ustaz hasrizal sniri...

dulu pernah baca satu novel ke, majalah ke apa jenis bahan bacaan dah lupa...tapi petikan isi dia lebih kurang : "kahwin dengan orang luar dan sahibah ni banyak bezanya...bayangkan wanita yang x lalui tarbiyyah dan kurang persiapan islam menyebabkan beban dakwah suami lebih berat dalam baitul dakwah...tarbiyyah untuk zuriat suami pun akan tergugat, yang terpaksa pikul semua tu adalah si suami..."

ni cerita tentang seorang lelaki berpoligami, dapat isteri yang kedua dari golongan yang tidak melalui tarbiyyah i.e. bukan sahibah...pengorbanannya mulia, tetapi itulah cabaran bagi si suami...

maka, saya berfikir...dengan menyiapkan diri saya sendiri, yang telah diuji dengan jantina perempuan, saya perlu memenuhkan ilmu di dada dan tindakan saya mestilah ke arah mencari redha-Nya...saya mahukan seorang lelaki yang boleh membimbing saya dan dapat bersama-sama memperjuangkan kalimah LailahailALLAH di medan dakwah, saya lemah...dan saya perlu perbaiki kelemahan itu, dan untuk mendapat lelaki yang baik, saya perlu menjadi perempuan yang baik dulu...sebab, janji ALLAH itu pasti


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


tentang buku ni, selepas membacanya saya dapat kesedaran ke arah itu...dan doa saya tidak pernah putus, semoga dimakbulkan...insyaALLAH

buku yang amat sesuai dijadikan panduan kepada pasangan yang bakal berumah tangga, para ibu bapa dan remaja2 yang baru nak bercinta...buku ni dapat 4 bintang dari saya sebab dah pernah denga dan baca serba sedikit petikan darinya, so bila baca buku sebenar ni cam da kurang thrill...

dalam buku ni ustaz hasrizal ada promote buku 'men are from mars, women are from venus' karangan john gray....dan beberapa buku lain juga, tapi rasanya jika diberi kesempatan akan dipinjam buku tu daripada tikah untuk diambil serba sedikit ilmu...

bukan yang terbaik, but still there are some good things in there...

No comments: