Thursday, March 26, 2009

tErLepas paNdanG...

(baNNer yang ni la yang saYa terSiLap panDang tu...)

oH, saya tersilap tgk tarikh kl bookfair rupenye...bulan depan mule, bukan bulan ni...ALLAH tunjuk kat saya masa tinjau blog saifulislam.com, kalo bulan depan alamatnye x pegi kot...dah di ambang exam masa tu


hajat asal hari ni nak update pasal aktiviti diri, tengokla sejauh mana leh pegi...


erm, lepas kejadian yang berlaku di kem LaGong seLayang tu, saya beralih tumpuan pada makan malam MATB 1 ngan proJek2 BIS...


berkenaan MATB 1, ni pengalaman pertama berada di bawah projek naungan bukan isLAm...dan ahLi2nye terdiri dari bukan kami yang maJoriti, awal2 penglibatan dulu ade gak konflik hati berlaku...tapi alhamdulillah, dimudahkan ALLAH sebab benda tu terhenti di meja perbincangan jak...


jadi ketua biro pendaftaran dan jemputan ni memangla kena sedia kredit yang banyak, sebelum projek keje banyak menjurus pada jemput menjemput tetamu...keje ni secara rumusan saya seronok sebab respon orang (tetamu) atau boleh kata RSVP mereka tu ad macam2 kerenah atau style, sangat berterima kasih kepada semua yang mengesahkan kehadiran mereka hanya dengan berpandukan surat jemputan (maksudnya tanpa saya message terlebih dulu)...dan sesungguhnya surat jemputan yang diberi bukanlah sekadar hiasan semata


tu pun ade sorang hamba ALLAH ni kata lebih kurang "aku x bukak pun surat tu, tengok cam surat jemputan je, makan free mestila aku pegi..."...and expecting m3 to know what he thinks? huhu...bukan mau marah atau mengeluh, tapi things done for a reason kan...dan surat jemputan dinner bukan cam surat jemputan kawen, ia perlu diberi respon segera...banyak benda nak setel lepas kompemkan bilangan tetamu


haha, lawak gak luahkan kat sini...nobody involved yang akan notice pun, anyway ni cite lame...


erm, pasal pendaftaran lak part susun tetamu kat meja...saya x berpuas hati sangat, sebab last minute betul buat bende tu (berkait dengan tetamu2 yang x confirm kedatangan awal gak)...last2 bercampur baur dan agak kelam kabut masa tu, x smooth bak kate org putih...tapi seb baik sume tetamu dah besa2, pandai cari tempat duduk...


a simple dinner, tapi dekorasi agak memukau mata walaupun venue hanyalah dewan umarak tercinta...org kata, that's the way 'those people' work...well, thumbs up for the team...can see the sunnatuLLAH there, what you give you get back right?


x menyesal join, walaupun cam pelik ngan respon orang2 yang sebenanye x bother pun ngan surat jemputan tu tapi bile kite nak follow up marah kite balik (mungkin mereka sibuk)...dah la saya susah nak kol orang, kena sergah lak kan...bak kata anson lebih kurang, patutnya saya balas balik "fine then, next time i will not confirm your attendance ever"...haha, harapan la kalo saya nak cakap gitu kat org (dlm fon some more)


erm, tahniah diucapkan kepada penyambut tetamu (anak biro marina) yang mantap bekerja malam tu...even pakaian da vogue, boleh lagi ngangkat dulang dan pinggan koto segala macam tolong mak cik DU...and to all the team too, time kasih gak pada anak biroku yang bertiga tu sebab tolong amek alih keje mengekol org yg saya agak lemah ni...well, that's that...


tentang BIS atau buLAn imARAh surau, projek sedang berjalan...keep up the good work to all AJKs!


ade aktiviti berlaku last weekend, itu pun x leh lupe dan sebuah pengalaman baru...will be updating about that soon, insyaALLAH...


to all muslims out there, keep on doing your work...be a better dai'e each day, remember that the efforts that count, not the result...=)


ALLAHuakbar!!!

Wednesday, March 25, 2009

iTu kaMu...

x tau bila…
x tau bagaimane…
tiba2
kamu jadi sebahagian diri ini
tanpa pamit
tanpa amaran
kamu jadi separuh diri ini

kamu istimewa
kamu lain dari yang lain
kamu sedarkan saya
kamu tegur saya bila saya silap
kamu layan saya seadanya
kamu ajar saya macam2
kamu sangat dekat ngan saya
marah kamu bila saya buat silap
keluarga pun x macam kamu
kesan kewujudan kamu sangat hebat
saya hilang arah bila kamu hilang


kamu selalu hilang
tapi
hilang kamu
hilang yang dinanti

tapi
mungkin kamu sekadar ujian
yang diturunkan-Nya untuk saya fikirkan
kamu hanya sementara
bila2 ALLAH boleh ambil kamu semula
dan saya
saya bukan sesiapa
saya insan biasa
saya x mahu susahkan sesiapa
saya mahu sendiri
saya mahu lari
saya mahu sembunyi

hakikatnya
kamu tetap di situ
saya di sini
itu realiti
tapi
kenapa kamu…?

Tuesday, March 24, 2009

tiDak berMaya...



(tuRning aLL oVEr)


dah lame x update tentang aktiviti diri sniri…internet connection x bape nak bagus, nak publish pasal sembelihan ngan kkaa pun makan 2 hari…huhu, kena consider pakai broadband semula ke? malas nak pk, selagi wireless ni x wat saya hangin 360 darjah selagi tu saya setia pada dia kot…



(mOOd sWInG)


saya kena marah…walaupun x berapa denga butir2 nya, tapi saya tahu ade pihak sangat kecewa ngan saya…saya x nak org rasa x best sebab saya, saya rasa terikat…saya x nak susahkan orang lain, perkara terakhir yang saya nak sekarang adalah kemarahan seseorang…mood saya buleh wat uturn dengan drastik kalo tibe2 kena sembur gitu, satu ape pun x leh wat dah…


(peAce)

baik tido kan, nanti bangun x yah pk dah…kalo la semudah tu, saya x mau bangun lagi…


(den pOninG)

susah gak kalo jarang tertekan ni, sekali kena jadi mengong, x tau nak handle diri seniri…sebab tu kot saya suka alihkan fikiran kat benda yang saya suka, wat2 sibuk kate org tua2…itulah saya, pening pk pasal diri sendiri…


(haBlumiNannAs...gaMba seKadar hiaSan)

dalam pada muhasabah diri, buat saya berfikir…hubungan ngan manusia ni sangat susah, sebab level kita sama…dan x sume org boleh terima hakikat tu, sebab tu wujudnya pelbagai pangkat kat dunia ni…semata-mata nak bezakan satu individu ngan individu yang lain, padahal hakikatnye sume org pun sama…kalo nak compare gak, leh tgk thp taqwa masing2…yang lain, sama.


(i'LL smiLe iF theY smiLe)

sebab tu saya suka main ngan budak2, bila main ngan diorang mesti kite x yah pk berat2 sangat…kecuali layan kerenah dia, dan pastikan dia x cedera…kanak2 kan hidup dalam dunia seniri, kisah ape ngan orang len…baik wat hal sniri, macam tu kan best…


(tHis remiNds m3 of anoTHer piCture i'Ve sEEN in someoNe's bLog)

tapi realitinya, kita mana mampu hidup seniri…mana mampu hidup sorang2, paling teruk pun kalo kena tinggal dalam hutan sorang2 mesti kita bercakap ngan hewan ke tumbuhan ke…kita perlu teman, kita perlu rakan…

kena hargai kurniaan ALLAH, sayang sume org di sekeliling kita…x perlu benci sesiapa, x sempat…hidup kat dunia ni kejap je, kalo nak benci pun baik benci dosa2 org lain (perbuatan x elok yang dibuat)…tgk org buat salah, tego…muhasabah diri, bukan tego nak cakap kita lebih baik…kita kan sama, patutnye org yang ditego tu leh pk…bukan tego sebab x suka, tapi sebab sayanglah teguran tu timbul…

kan hubungan atas dasar taqwa tu lebih diredhai-Nya, buatlah sesuatu kerana ALLAH…jangan mengharapkan balasan dari makhluk yang lemah, kita hamba ALLAH ni sama je semua…semua pun lemah, x mampu buat apa pun. Tanpa izin-Nya.

x update aktiviti gak kan, nantilah tengok kalendar semula…sekarang x mampu berpura-pura x de pape, sekadar mahu berkongsi rasa...

Thursday, March 19, 2009

iNiLah saYa...

title tu mukadimah untuk jawab tag sebenanye...;)

have been tagged again, of course via facebook...and am doing it here

this is da intro...

Once you've been tagged, you are supposed to answer the questions and at the end, choose 20 people to be tagged. You have to tag the person who tagged you. If I tagged you, it's because I want to know more about you.(To do this, go to “notes” under tabs on your profile page, paste these instructions in the body of the note, type answers, tag 20 people (in the right hand corner of the app) then click publish.) (x terlibat ngan arahan dalam kurungan...)

1) Were you named after anyone?
---> am not (bak kata mama)


2) When was the last time you cried?
---> erm, sebak dikira ke? cried, maybe not...mata je berair


3) Do you like your handwriting?
---> hee, can i say nope? but it getting better...saya jeles ngan boys yang tulisan cantik


4) What is your favourite lunch meal?
---> apa yang ada...


5) Do you have kids?
---> i am a kid

6) If you were another person, would you like to be friends with you?
---> iye...


7) Do you use sarcasm?
---> tgk keadaan


8) Do you still have your tonsils?
---> err, tonsils ni penyakit or anggota mulut? oh, need to check da anatomy back...

9) Would you bungee jump?
---> saya mahu (ignoring da ear-health fact, i'm still want to try...)


10) What is your favourite cereal?
---> all, saya tidak cerewet...


11) Do you untie your shoes when you take them off?
---> kalo susah nak bukak, untie...tapi shoes skrg x beli yang bertali, x minat...


12) What is your fav ice-cream?
---> i can say mint flavour, but anything also can do...again, not choosy


13) What is the first thing you notice about people?
---> giginya


14) Red or pink?
---> pink! err...purple bleh?


15) What is the least favourite thing about yourself?
---> plain...


16) Who do you miss the most?
---> myself...


17) Do you want everyone to complete this list?
---> who is everyone? sapa2 yg nak je...no hope

18) What colour of pants n shoes are your wearing?
---> blue and black


19) What are you listening right now?
---> bunyi ekon...


20) If you were a crayon, what colour would you be?
---> purple...

21) Favourite smells?
---> fruity, or it can be da smell of armani code for both men and women perfume...real nice


22) The last person you talked to on the phone?
---> aliaa kot, x pun mama...lupe (sangat jarang cakap tipon)


23)Do you like the person who sent you this?
---> yap...what's da point to dislike people, there are human too...


24) Favourite sports to watch?
---> am watching all...rugby, football, badminton, bowling, handball, futsal, all!


25) Hair colour?
---> passed


26) Eye colour?
---> passed


27) Do you wear contacts?
---> tidak.


28) Favourite food?
---> tidak memilih.


28) Scary or happy endings?
---> kalo scarry, itu bukan ending...am choosing happy

29) Last movie you watched?
---> slumdog millionaire, without subtitle...huhu


30) What colour of shirt are you wearing?
---> it's a mini jubah, blue...not shirt


31) Summer or winter?
---> spring! summer will be okay...i'm allergic with cold


32) Favourite dessert?
---> sekali lagi, tidak memilih...


33) Most likely to respond to?
---> nobody i guess...hee


34) Least likely to respond to?
---> same as above...


35) What book are you reading?
---> twilight, plus sebuah buku agama...


36) What is on your mousepad?
---> i dun have one, but currently da word DELL (library punye)


37) What did you watch last night?
---> org main kompang aci x?


38) Rolling Stones? Beatles?
---> denga je, x tau mane batu mana kumbang


39) Where is the furthest you have been from home?
---> Mekah dan Madinah...

40) Do you have a special talent?
---> ask people, not m3...


41) Where were you born?
---> hospital besar kuala terengganu (sekarang da tuka nama)

42) Whose answers are you looking forward getting back?
---> sesape yg nak buat, saya akan baca...

by the way, no. 28 die ade 2 kali...so, jadinye sume soklan adalah sebanyak 43

Wednesday, March 18, 2009

meNggamit keNangan...

bOOk titLe : Tunggu Teduh Dulu
bOOk wRiter : Faisal Tehrani
bOOk puBLishEr : Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd.

Hakcipta terpelihara.
Setiap bahagian daripada penerbitan ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan kepada bentuk lain, sama ada dengan cara elektronik, gambar, rakaman dan sebagainya tanpa izin terlebih dahulu daripada Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd. (378533T)

hehe...dan disebabkan part yang atas ni, saya x dapat tulis kat sini quote2 yang memberi makna kat saya secara peribadi...mungkin sekadar ulasan daripada quote2 tersebut (yang sebelum ni saya tulis dalam kurungan je)

dah lame x wat review buku...padahal banyak je buku yang pending

arini nak cite pasal buku "tunGGu teDuh duLu"...buku yang sedap dibaca dan dihayati

buku ni mengisahkan tentang Salsabila Fahim, seorang perempuan, menjadi wanita, dan diceritakan juga serba sedikit berkenaan zaman kanak-kanaknya...

lebih kepada cerita peribadi, tapi saya rasa dekat dengan diri...ni untuk part muhasabah la, kalo dari segi kehidupan sebenar memang lain saya ngan Salsabila ni...

dalam buku ni gak saya banyak belajar tentang penanaman betik, yang sebelum ni saya memang x tahu sangat pun...mungkin sesuai untuk along dalam sektor pembelajaran dia, tapi along x bace novel...hehe

dan yang paling menawan hati saya tentang novel ni mestila masa Sal (singkatan Salsabila) pergi menunaikan umrah sebelum dia kehilangan ibu tirinya sekaligus bertemu jodohnya...SubhanALLAH, sungguh rasa rindu tu mebuak-buak...cara penulis menceritakan tempat2 di tanah haram tu membuatkan saya pasang niat nak pegi lagi bila aje berkemampuan, dan mungkin sebelum saya settled down (bak kate org putih)...insyaALLAH

rupa2nya hasil karya sasterawan negara x lah membosankan pun, bak kata hati saya sebelum ni...bile baca buku ni membuatkan saya pk 2 3 kali untuk meneroka hasil karya A. Samad Said atau Usman Awang (Usman Awang buat buku ke? hee...), mungkin lepas ni saya leh cuba ke arah tu lak...

dan syukur, mama beli buku ni x sia2...alhamdulillah, banyak input yang saya dapat...x tau nak share yang mana, sebab banyak sangat lipatan yang dah dibuat (saya akan lipat mana2 muka surat yang ada perkataan yang saya x paham ngan ayat2 yang mencuit hati saya)...

lagipun review buku ni dah delayed lama sangat...mungkin saya patut tulis review sebaik saja tamat baa setiap buku, baru entry2 review terbit dari hati...next time will be that way, insyaALLAH...

cubalah baca buku ni, saya bagi 4 setengah bintang untuk ini...roomate saya pun melekat ngan buku ni lepas saya promote, hee...

segala pujian hanya untuk-Mu ya ALLAH...

selamat mambaca!

p/s : pesta buku antarabangsa KL dah makin hampir, semoga ALLAH lapangkan masa saya untuk berkunjung dan menambah koleksi pada tahun ni...amiiin (jangan lepaskan peluang!)

another note : nama Salsabila sangat sedap, maksudnya pun...=)

nota kaki : buku ni pun cite pasal anak kembar...nice =)

Monday, March 16, 2009

copy, paste, delete, answer...

ini ade lagi satu tag, dari seseorang yang saya mau kenal lebih lagi...haha, jgn takut lak saya buat statement gini...;)
anyway, silakan...

001. Name → Shazlina Mohd Rosli (suke org pggl nama penuh saya...)
002. Nickname(s)→ shazlina (sklh rendah), shaz (lower form), leen / aleen (upper form), alin (pasUM, UM n till now)...tu untuk friends, kalo family pggl lina atau na and angah (mama je), dan tmbhn2 yg lain (x perlu tau kut)...;)
004. Zodiac sign → Scorpio
005. Male or female → Female
006. Elementary → SKSS 2 (skola emy jugak), SKTM 1
007. Middle School → SMKTM 1
008. High School → MRSM Terendak Melaka
009. College School → KMPP, pasUM , UM
010. Hair color → passed
011. Long or short → short
012. Loud or Quiet → quiet
013. Sweats or Jeans → sweats, no jeans...
014. Phone or Camera → phone
015. Health freak → tgk musim
016. Drink or Smoke? → none
017. Do you have a crush on someone? → no
018. Eat or Drink → x ske membazir
019. Piercings → passed
020. Tattoos → tidak

FIRSTS:
023. First piercing → ade kait mait ngan soklan atas kan, passed
024. First best friend → mirah
025. First award → pljr terbaik BM? (first yg pelik...)
026. First crush → skolah rendah
027. First pet → x dpt can (peluang)
028. First big vacation → uMRAH!
030. First big birthday -> sekolah rendah (lupe bape thn)

CURRENTLY:
049. Eating → td krepek amal
050. Drinking → tidak
052. I'm about to → edit and post this entry
053. Listening to → lagu suraya (laptop amal)
054. Plans for today → study, usrah
055. Waiting for → changes

YOUR FUTURE:
058. Want kids? → 3 (single and double)
059. Want to get married? → yes
060. Careers in mind → dentist

WHICH IS BETTER IN THE BOY/GIRL YOU LIKE?
068. Lips or eyes → lips (x tgk mata, takut...selalu tgk gigi)
070. Shorter or taller? → just nice
072. Romantic or spontaneous → spontaneous for friend, romantic for husband
073. Nice stomach or nice arms → no komen
074. Sensitive or loud→ prihatin
075. Hook-up or relationship → hbgn ats dasar taqwa
076. Trouble maker or hesitant → depends...;)

HAVE YOU EVER:
080. Lost glasses/contacts → tidak
081. Ran away from home → pun x
082. Held a gun/knife for self defense → pen aci x?
083. Killed somebody → insyaALLAH x
084. Broken someone's heart → mungkin
085. Been arrested → by police? no
087. Cried when someone died → yes

DO YOU BELIEVE IN:
089. Yourself → iye
090. Miracles → if ALLAH says yes...kun fayakun
091. Love at first sight → same as above
092. Heaven → yes
093. Santa Claus → tidak
094. Tooth Fairy→ dokor gigi adela, no tooth fairy
095. Kiss on the first date→ no first date

ANSWER TRUTHFULLY:
097. Is there one person you want to be with right now → depends
098. Are you seriously happy with where you are in life → iye
099. Do you believe in God → yes i am
100. Post as 100 truths and tag 20 people

x sampai 100 pun...huhu
nombor die pun berterabur...
thanks kepada org yg tag, and sorry x wat kat facebook...x ske
tagging 20 people? maybe not...
kalo sesape rase nak wat, silekan...

Wednesday, March 11, 2009

aPa iTu...

pernah x terpk, satu benda atau perkara atau orang atau ayat atau apa2 je...boleh ubah hidup kite 100%, tanpa kompromi...padahal kite x jangke, x plan atau x nampak bende tu ade kene mengene ngan ape yg kite buat sekarang...

tapi, things happened...

and of course, for a reason...

kadang2 kite tau reasonnye, but sometimes we don't...

maka, ayat ALLAH lewat surat cinta-Nya kepada kita tu la jadi penawar...

yang paling saya pegang, ayat 216 surah al-baQarah...

terjemahannya :

'Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.' - Surah Al-Baqarah ayat 216

jangan difikir kenapa, jika itu kehendak-Nya...

fikirkan itu yang terbaik untuk kita, dan cuba mengadaptasi...

untuk hidup kat dunia yang sementara ni, lebih baik enjoy life to da fullest (bak kata org cerdik pandai) tapi masih berpegang pada agama yang betul, ISLAM...

make isLam your way of liFE, and u will smile and showered with neverending peace...

bile kite rase jiwa kacau, serabut ayam (bak kate marina)...fikirlah, itu sume sebab ALLAH mahu kite kembali kepada-NYa

bak kata kumpulan mestica, dalam lagunya....

“Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu

Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmat-Nya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
Segala ujian diberi
Maka bersyukurlah selalu"

- Mestica



takutlah pada-Nya, bukan takut sperti kite takutkan guru yang garang, bukan juga seperti kite takutkan hantu...takut gitu hanya nak menjauhkan kita dari bende yang ditakuti

tapi takutkan ALLAH dengan merasakan;

takut ALLAH x sayang kite lagi...(perlu berbaik sangka dengan ALLAH sentiasa)

takut ALLAH jauhkan kite dari-Nya atas kesalahan yang kite lakukan...

takut ALLAH laknat kita...

takut ALLAH memberi istidraj pada kita...(istidraj = nikmat yang dikecapi tapi nikmat tu menjauhkan diri kita dari ALLAH)

sebab, kita takkan boleh lari ke tempat lain bila kita susah hati...selain kepada-Nya

bukan ibu, bukan kawan, bukan adik beradik, jauh sekali pakwe makwe yang perlu kita cari...

tapi DIA...

percayalah, bila kita mengejar akhirat, dunia akan berada di tangan kita...

janji ALLAH itu pasti...