Wednesday, March 25, 2009

iTu kaMu...

x tau bila…
x tau bagaimane…
tiba2
kamu jadi sebahagian diri ini
tanpa pamit
tanpa amaran
kamu jadi separuh diri ini

kamu istimewa
kamu lain dari yang lain
kamu sedarkan saya
kamu tegur saya bila saya silap
kamu layan saya seadanya
kamu ajar saya macam2
kamu sangat dekat ngan saya
marah kamu bila saya buat silap
keluarga pun x macam kamu
kesan kewujudan kamu sangat hebat
saya hilang arah bila kamu hilang


kamu selalu hilang
tapi
hilang kamu
hilang yang dinanti

tapi
mungkin kamu sekadar ujian
yang diturunkan-Nya untuk saya fikirkan
kamu hanya sementara
bila2 ALLAH boleh ambil kamu semula
dan saya
saya bukan sesiapa
saya insan biasa
saya x mahu susahkan sesiapa
saya mahu sendiri
saya mahu lari
saya mahu sembunyi

hakikatnya
kamu tetap di situ
saya di sini
itu realiti
tapi
kenapa kamu…?

No comments: