bOOk wRiter - saIdatuL sAFFaA
bOOk pubLisher - jeMaRi seNi pUbLishiNG
lame x buat review buku kan? ni time2 study week plak timbul keinginan nak buat review..(nampak sangat g bace novel mase study week, opps)
haha...
cube bace puisi ni -
biar setinggi mana langit digapai, sedalam mana bumi digali, takkan kau temui cinta hakiki, kerana cinta itu letaknya di hati seorang abdi...
kerana pasir, terbentuknya mutiara.
kerana tanah, lahirnya manusia.
ini sebuah kisah kembara di atas bumi Tuhan.
kembara hati dalam jiwa hamba.
kembara daripada hina kepada mulia.
ini kisah kembara hidup. kembara dia mencari
mutiara cinta di laut dalam, dan kembara mereka menemui cinta Dia di langit nan tinggi.
kata Raudhah, dia punya sejarah jahiliah tersendiri.
Katanya pula, Raudhah ibarat bidadari yang turun dari langit untuk menyebarkan keindahannya.
Lalu kata mereka,
langit kawannya bumi
laut pasangannya pantai
siang temannya malam
petang sahabatnya pagi
isteri pula pendampingnya suami
bukankah kita diciptakan berbeza untuk saling melengkapi, lantas nikmat Tuhan yang mana lagi mahu didustakan?
err...tibe2 x sure itu puisi ke promo, haha...kata2 ni ada tertulis kat belakang buku tu
nice, i can give 4 and a half star for this novel...
sebabnya, dapat jumpe segugus impian saya di tanah suci kat dalam naskhah ni (impian lain ada dalam buku Tunggu Teduh Dulu - Faisal Tehrani), tergamam time baca perasaan Izzat (hero) masuk ke makam Rasulullah S.A.W. di Masjid Nabawi...sebab perempuan x dpt merasa masuk situ, bila penulis gambarkan terasa sangat auraunya...rindu kat tanah haram, sangat2...-_-
novel ni jugak sentuh pasal jihad fisabilillah, walaupun watak hanya pergi sebagai peserta program (x secara langsung)...tapi, sangat tegalah seorang isteri meletakkan suami sebagai milik ummah instead of milik sendiri (walaupun hakikatnya memang milik ALLAH)...supaya diberi kekuatan untuk menjadi Khadijah kepada suami tercinta *wink*
seronok kan dapat tasmi' bacaan Quran depan suami dan buat diskusi ilmiah bile free, sangat manfaat masa yang digunakan jadinya...
banyak input, more towards islamic and life kat tempat orang dan sedikit pendedahan suasana di Palestin (tiba2 teringat cite Meniti Maut-Eyman Haikal pulak)
cume ayat2 nya masih boleh improve, tapi kalo itu identiti penulis boleh carry on...jalan cerita yang menarik dari seorang bakal doktor
kata hati - kalo mahu dianugerahkan dengan keluarga berkat gitu, perlu menyiapkan diri ke arahnya dari sekarang...=)
kata jiwa - best kan kalo bakal suami (yang x pernah bersua muka) masak untuk isterinya dan bagi bunga seratus kuntum dengan ayat yang boleh buat ais tukar jadi air sekelip mata...haha
kata minda - ini harapan melihat Islam tertegak semula di depan mata
wALLAHualam...
3 comments:
cam menarik je...author indon ke?
amat sweeeeeeeeet...
ops, ter'expose' sindrom 3rd year plak... hehehe
all da best nxt week... moga di permudahkan ALLAH.. =)
asma' - nope, malaysian...=)
kak aiman - opps, hahaha...amiiin~
Post a Comment