Sunday, August 9, 2009

bErSimPanG siUr...

sudaH lamE tidak menaip di sini...

sudaH lame tidak meluahkan di sini...

rasenye 2 3 menjak ni life bersepah semacam...haha

mungkin masih dalam tempoh peralihan dari itu kepada ini...

sangat berharap setiap hari lebih baik dari hari2 sebelumnya...

sedikit update tentang diri (koma dengan titik atas)

(gigi laptop)

laptop kesayangan sedang mengalami sakit gigi peringkat pertama, dan saya x tahu nak bawa beliau jumpa doktor gigi mana...mungkin akan membiarkan beliau sakit tanpa rawatan, huhu...


(run, run for your dream!!! faster~)

sentiasa menjadi orang yang mengejar dan melihat, mahu menjadi yang dikejar juga...



(yeah, that's the way it is)

usaha menyelamatkan masih dalam proses dan sedang berada di tahap menyimen (letak simen) kat usaha tu, tunggu simen kering dan insyaALLAH akan kukuh semula...


ada satu impian yang perlu dijadikan kenyataan dalam masa terdekat, perlu.

(searching...screening)

apabila bertindak sebagai pemerhati, perasaan tu sukar digambarkan semula...x macam satu ketika dulu, harus mencari formula terbaik supaya tindakan itu selari dan seperti yang sepatutnya...dan mungkin, saya x sedar diri diperhati juak...


(x jumpe gamba simpang 5)

sampai di simpang lima, tiba2 rasa nak buat u-turn...sepatutnya pilih satu dari 5 dan x patah2 balik dah, tapi sekarang rasa nak cuba 5 5 jalan...how come? supposedly the chosen road is the road not taken, not the other way around...


jadila skema dan menurut aturan perjalanan, lepas da teratur baru boleh berada di luar kotak...




(boot vs wedges)

perlu kembali memakai kasut orang yang akan berhempas pulas membina bangunan, jangan hanya pakai wedges untuk jalan2 di pasar raya...


ok, back to the entry...


that's all, wassalam...(emoticons ngah kenyit mata)


doa (titik bertindih) semoga ibu kak aiman cepat sembuh, dan kak aiman sekeluarga tabah menghadapi ujian ALLAH ini...

Friday, July 31, 2009

tiaDa yAnG mudAh...

(senyum seindah suria)

biLa hidup dilanda masalah, cuba tersenyum dan terus ceria...

insyaALLAH masalah akan berkurangan, ditolak oleh cas2 positif yang terbina...daripada senyuman yang diukir

haha, ayat x leh blah...

setelah 2 3 hari berada dalam silent mode, akhirnya jari ni berkeinginan membuat bising semula...

alhamdulillah, segala-galanya berjalan baik...walaupun x sume sebenanye, tapi bila dibundarkan, kira semua lah ye...

masalah datang dan pergi, bila dia datang mesti rasa lemah semacam...tapi bile die dah pergi, hati rasa sangat tenang...rasa cam dunia ni kita yang punya

bersyukurlah, ALLAH bagi kita rasa semua rasa...tu istimewanya kita, manusia...banyak keistimewaan seorang manusia ni, apatah lagi orang Islam...umat Nabi Muhammad S.A.W. some more, banyak betul hadiah2 saguhati yang ALLAH dah sediakan untuk kita yang terpilih ni...hadiah utama toksa cite la, berlambak-lambak...

janganlah kamu berasa lemah, dan bersedih hati, jika kamu orang yang beriman...=)

ayat yang sangat menenangkan jiwa di kala penuh serabut dengan pelbagai genre masalah...subhanALLAH

ALLAH dah bagi panduan lengkap dah, cuma perlu pandai cari je...

bila diuji tu, ingatkan diri bahawa perjuangan ni memang perit dan sakit...sebab, kemenangan yang bakal diperoleh sangat manis, bahagia, dan menenangkan jiwa tanpa had...ALLAHuakbar

tambahlah pahala dengan berzikir...bila mana rasa lemah, berzikirlah...x mampu dengan lidah pun, hati pun cukup...nescaya makanan jiwa tu akan menguatkan fizikal sekaligus

(hope i can too)
bila x tau apa nak buat dalam satu2 masa tu, cuba berfikir tentang ciptaan-Nya...nikmati rasa menjadi seorang hamba, dan ukirlah senyuman...sesungguhnya kamu adalah orang yang beruntung

setelah melalui pelbagai rasa, pelbagai pengalaman, pelbagai episod, sepatutnye diri ini lebih matang dan lebih berhati-hati untuk tidak melakukan kesalahan yang sama...

insyaALLAH...

rasa hati : x tau nak rasa apa bile tgk kawan sebelah menjadi lebih matang...^_^

harapan : semoga hari esok lebih baik dari hari ini, dan luse lebih2 baik...;)

syukur : selasa lepas dapat bersua muka dengan semua yang dirindui, perancangan ALLAH adalah yang terbaik! =D

Monday, July 27, 2009

puisi orang...

ni orang lain punya air tangan, tapi saya suka...

maka, saya mahu kongsikan ia dengan semua...

renung2kan, dan selamat merencana dan beramal...;)

Isi Hati Sang Ikhwah


Wahai zaujahku,
Aku mengerti di mana kamu,
Kamu sedang letih berjuang,
Kamu sedang lelah berdakwah,
Malah kau juga aku yakin sedang memelihara dirimu dari menjadi bahan fitnah.

Aku tidak tahu siapa kamu,
Tapi telah aku simpankan sebahagian hati ini padamu,
Kerna itu, aku tidak pernah memandang wanita lain,
Pandanganku ku tundukkan, bual bicara mesra dengan wanita ku elakkan,
Kerna semua itu hanya layak untukmu.

Yang ada di sisiku Ayat-Ayat Cinta Allah iaitu Al-Quran.
Yang ada di sisiku kitab-kitab ilmu yang menjadi pencerahan dalam kehidupan kita nanti.

Zaujahku,
Persiapkan dirimu dengan ketabahan hati,
Kerna jalan yang akan kita lalui ini sangat berat,
Maka tabahkanlah hatimu untuk menjadi sayap kiriku,
Isilah mana-mana kekurangan dalam diriku,
Dan engkau jualah yang aku harapkan menjadi pembakar semangatku tika mana aku lemah.

Zaujahku, aku belum pernah memandang fizikalmu,
Kerana nikmat memandangmu hanya aku inginkan setelah kita diijab kabulkan,
Dan pandanganku terhadapmu bukanlah pandangan nafsu,
Sebaliknya dengan pandangan dakwah,
Kerna kau adalah sayap kiri perjuanganku dan pencetak generasi mujahidin.

Kerana itu,
Kita seharusnya bersedia zaujahku,
Perkahwinan kita adalah marhalah dakwah.


Dari Sang Akhwat

Wahai zaujku,
Aku mengerti kau sedang menungguku,
Aku mengerti kau merinduiku,
Namun segalanya kau tundukkan kerna kau tidak mengenal siapa aku.

Aku tau kau sedang berjuang,
Kau sedang lelah berdakwah,
Ke sana sini dengan pelbagai program dakwah,
Sehingga kadang kala kau merasa lemah.

Namun sabarlah,
Aku sedang menunggumu,
Aku juga sedang letih seperti kamu,
Kerana setianya padamu,
Aku menolak untuk terlibat dengan mana-mana aktiviti yang mengundang maksiat hati,
Aku menolak bicara dan pelawaan mana-mana yang bukan mahramku,
Kerana perasaanku telah aku simpankan untukmu,
Walaupun aku tidak tahu siapakah kamu.

Zaujku,
Persiapkanlah dirimu dengan ilmu,
Kerna, aku mendambakan seorang zauj yang mampu mendidikku dan anak-anak kita nanti, Bukan paras rupa semata-mata.

Didiklah aku agar sentiasa tegar dalam mujahadah.

vocab check : ikhwah - pemuda, akhwat - pemudi, zaujah - isteri, zauj - suami...kalo salah tolong betulkan ye

sumber : iluvislam.com

Sunday, July 26, 2009

laGi saTu buaH tanGan jeMari yaNg berseNi...

bOOk titLe : Rahsia Hati Sofia
bOOk WriTer : Nazurah Aishah
bOOk PuBLisher : Jemari Seni Publishing

dah lama x buat review buku...ade 2 buku bertangguh sebenanye, skrg baru berkesempatan...

let's check one of them!

ceRita tentang rentetan hidup seorang yang bernama Jihannur Sofia, yang berstatus biasa dan secara luaran boleh dikatakan seorang yang normal...

macam2 konflik la timbul dalam hidup si watak utama ni, lebih2 lagi yang berkaitan dengan 'all time lover' dia...iaitu seseorang yang dia suka sejak zaman sekolah hingga zaman x skolah dah

banyak masalah yang disumbangkan oleh si dia ni, tapi Sofia tetap tegar setia dengan perasaan dia...setianya mengalahkan segala kesedihan yang melanda, betul la kate orang kan...setia seorang pencinta perempuan memang x terkalahkan...

satu hari, si dia telah melakukan sesuatu yang telah menimbulkan rasa benci di hati si watak utama...si watak utama ingin melarikan diri dari segala-galanya, tapi makin dia lari makin giat usaha si dia untuk menghampiri...akhirnya, keterpaksaan telah mendesak takdir yang x diingini pada waktu sebegitu berlaku...

dan di sini kita boleh nampak sesuatu yang kita x suka, sebenarnya adalah yang terbaik untuk kita...ataupun, sesuatu yang kita sangat2 suka dan harapkan, pasti akan jadi milik kita suatu hari nanti...walaupun cara sesuatu tu datang x cantik sangat, tapi tetap doa kita tu termakbul...dan terbuktilah, rancangan ALLAH itu adalah yang terbaik...subhanALLAH

ada watak tambahan jugak dalam novel ni, dan seperti biasa saya lebih suka pada watak tambahan daripada watak utama...haha, saya baru sedar ini...kalo baca novel, mesti saya lebih tertarik pada watak tambahannya...sebab dia yang menceriakan cerita, watak utama dah terlalu serius...

si watak tambahan ni pulak telah diolah menjadi seorang yang sangat tinggi tahap pengorbanannya, tetapi akhirnya doa si watak tambahan turut dimakbulkan ALLAH...di situlah buktinya ALLAH itu maha pemurah dan maha mendengar, ALLAHuakbar...=)

buku ini agak berat dan serius bagi saya, tapi boleh je jadi bacaan ringan di hujung minggu...maka, selamat membaca!

buku ni telah dianugerahkan 3 3/4 bintang oleh saya...hoho

yg sudah lepas : singgah di pesta buku selangor, dan telah melabur setengah ratus untuk 3 buku...hee

mencari : sesuatu yang baru untuk menghiasi suatu tempat, semoga dipertemukan...

merindui : kesibukan dalam ketenangan itu...

Saturday, July 25, 2009

sesuNggUHnya...

(hopE to seE this in reaL liFE)

Surah Al-Insyirah, ayat 1 - 8 :

mAfhuMNya;

Tidakkah Kami(Allah) telah melapangkan dadamu (ya Muhammad). (Kini hilangkan daripadamu kerisauan, sehingga kau tenang, rela kerana yakin terhadap janji Allah dan perotongan-Nya).
Dan telah Kami ringankan daripadamu beban-beban yang berat.
Yang memberati tanggunganmu. (Yang berupa tugas menyampaikan risalah wahyu yang diturunkan oleh Tuhanmu, meskipun kau mendapat tantangan dari kaummu).
Dan Kami naikkan (tinggikan) sebutan (nama) mu. (sehingga sebutan namamu selalu disebut di samping nama Allah dalam dua kalimat syahadah).
Maka sesungguhnya disamping kesukaran adan kemudahan.
Sesungguhnya disamping kesukaran adan kemudahan.
Maka apabila engkau telah selesai (daripada suatu amal soleh) maka bersusah payahlah (berusaha melakukan amal soleh yang lain pula).
Dan kepada Tuhanmu, berharaplah.

(baca keterangan lanjut tentang ayat ini di sini)

dan sesUnGGuhnYa, selepas kesusahan itu ada kesenangan...

lega kan, bila baca ayat ALLAH ni...ALLAH tahu sifat hamba yang DIA ciptakan, yang sangat lemah dan perlu dipujuk...sebab tu ALLAH dah catatkan pelbagai ayat memujuk dan menasihati dalam Al-Quran, tinggal hamba ni je yang nak atau x nak...ALLAH sangat pemurah, lagi maha mengetahui...semua penyelesaian tentang sesuatu masalah tu, sebenarnye ade je depan mata...tinggal kita nampak atau x

ALLAH mengajar kita setiap hari, dari kita bangun tido sampailah kita tido semula...cuma kita perlu perhatikan betul2, apa yang ALLAH ajar kita tu...sebab, semuanya untuk kebaikan kita...

Dapat ayat ini dari seorang kawan, masa jiwa kacau baru2 ni :

Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi.

Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali.

Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.

Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.

Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.

Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat.

ALLAH mahu memberitahu sesuatu...

ketika mana kita rasa lemah x berdaya, ALLAH ajar kita macam mana nak jadi tabah dan kuat...

ketika mana kita gembira riang ria, ALLAH ajar kita macam mana mensyukuri nikmat kurniaan-Nya...

ketika mana kita ditinggalkan, ALLAH ajar kita yang Dia sentiasa ada di sisi kita...

dan ketika mana kita melakukan dosa, ALLAH ajar kita cara untuk kembali kepada-Nya...

sume rancangan ALLAH, dan ALLAHlah sebaik-baik perancang...

...dan nikmat ALLAH yang mana lagi yang kamu dustakan?

wALLAhualam...

Thursday, July 23, 2009

saya perlu nukilkan...

(life is temporary)

cukupla kan, post2 yang x berkenaan terpapar kat sini...tapi x leh janji gak x kan ada di kemudian hari, sebab x tau dah nak tohok mane...;)

subhanALLAH, walhamduLILLAH, LAILAHAILALLAH...

syukur pada-Nya, dapat menyambung satu hari lagi dalam hidup ini...masih lagi diberi nikmat iman dan islam yang sangat bernilai tu, alhamdulillah...

macam biasa, banyak bende dah berlaku sepanjang 3 minggu menghadiri kelas dan lab di tahun 2 ni...macam2 perasaan dah rasa, syukur jugak untuk itu...

terima kasih ya ALLAH, sebab mempertemukan saya dengan dia yang amat baik...

terima kasih ya ALLAH, sebab mengajar saya pelbagai erti hidup dan banyak memberi kesan langsung dan x pada diri berasbabkan dia...

semoga saya terus istiqamah dan islah...

bertemu kamu x pernah dirancang atau dijangka, kamu adalah hadiah ALLAH paling berharga buat saya...

terima kasih ya ALLAH...

semoga selepas ni x de lagi pencemaran yang berlaku di sekitar hidup saya...

saya telah nekad...

semoga ALLAH permudahkan...

terima kasih kepada semua pihak yang banyak membantu...

secara langsung atau tidak...

semoga ALLAH permudahkan hidup kalian...

syukur alhamdulillah, hanya mahu mencintai-Mu ya ALLAH...

(beruang banyak kaler)

p/s : masa itu sudah semakin hampir...biarlah ALLAH menjadi pengadil

rancangan : mahu ke pkns shah alam, ade buku hlovate baru di situ...;)

sekalung penghargaan : kepada sesiapa yang singgah

wALLAHualam...

Sunday, July 19, 2009

lega + sakit = ...?

(hahaha, ini menarik)

berada di kondisi itu saat ini...


lega sebab kurang sikit rasa bersalah berbanding dulu...memandangkan kejadian 2 kali 5 berulang


sakit sebab perkara sama yang berlaku, cuma dalam keadaan sebaliknya...


tapi watak tambahan yang terlibat amatlah tidak dijangkakan...


mungkin ALLAH nak tunjuk sesuatu...


patut ke saya buat perkara-perkara cliche yang orang biasa buat?


atau saya perlu buat2 x tahu sampai bile2?


heh...yang kedua itu x relevan, sebab saya bukan begitu...amatlah bukan


saya perlu mencari hikmahnya secepat mungkin, supaya saya boleh redha dengan apa yang berlaku...


isk


berdosanya rasa...


boleh pulak nak redha ade syarat...astaghfirullahalazim





saya mahu berhenti berfikir pasal ini boleh ke?












tak.
















saya perlu kuat...mesti