Tuesday, December 2, 2008

finALLY...

(ini bukunya...)



akhirnya, saya dapat juga menghabiskan pembacaan novel "rahsia perindu" tu...alhamdulillah, dan akhirnya juga laptop saya dapat berfungsi dengan normal semula...syukur, semalam along godam2 laptop ni dan tiba2 dia cakap "dah boleh online..."...saya sangat gembira dan segala puji bagi-Mu ya ALLAH, kerana memperkenankan doaku...=)

dengan ini, idea untuk melanggan broadband maxis atau celcom tu tertangguh lagi...kena tengok keadaan di kolej dulu macam mana


sekarang ni saya tengah meneruskan usaha menghabiskan pembacaan koleksi novel masa cuti ni, sambung balik baca buku "mengapa aku jadi pengetua?" tu...masa kat kolej lepas habis exam hari tu dah mula baca dah, tapi tergendala sebab terbawa balik ke KL masa saya masih di terengganu...tapi x pe, sekarang dah boleh khatamkan...

(soGo...)

mama baru balik dari kerja, lewat hari ni...balik2 tengok ada beberapa plastik sogo, rupa-rupanya mama pergi shopping...dan tanpa kami??? huhu, x pe laa...shopping sakan gak nampaknya, tapi x tengok lagi apa yang mama beli...


erm, tadi ada masalah komunikasi sikit pada hari ini...idon't know why, but it's just happened...hurm, i hope there is nothing bad out of this...i don't know how to react, be a friend??? in what way??? i think i am his friend for so long...huhu, semoga ALLAH menenangkan hati ini...

i want to add one more blog that i always jenguk, this blog before this i just choose and pick some of the entries that i found interesting...but it need a real patient to finish reading 'em, hehe...and now, i think i need to become the follower...it really has something to share, and it is real...

it'S hAUntiNG m3~

bOOk tiTLe : raHsiA pERiNDu
bOOk wrIteR : raMLee awaNG muRsHiD
bOOk puBliSHeR : aLaF 21


thE stoRY is abOUt a giRL, maRIa who haS pSycHiatRIc pRObLEm...reAL pSyCHo, hUhu...mY tHoughT at fiRst, thiS bOOk is a nORMaL booK...yEs, but the main thinG is alReady abnoRMaL and i need to finiSh it uP sinCE i have started reAdinG it...i haVe proBLem to slEEp proPErLy since pasT few days, but noW sincE i havE finishEd reAdiNG the booK i thiNK i can leAd my normaL liFE again...insyaALLAH

the stORY is better be the scenes in drama or film, so that oNe can undersTAnd it bEttEr...it'S likE haVinG manY scenEs and we must rememBEr each of them till the nexT scenE is shoWn, it's likE thAt...

erm, overall it is an exciting story...i don't know wether this kind of story or disease can really happen in real life, but nothing is impossible if ALLAH wants to make it happen right??? but for some reason i think maria's problem has a small similarity with the one in "mandatori", also by the same writer...but he already mention about this at 'biodata penulis' page

so, these are some parts that means something to m3 in this book;

Memang benar. Keikhlasan hati tidak cukup untuk mendapatkan keredhaan ALLAH selagi urusan sesama manusia tidak diselesaikan.
(page 363, last paragraph...)
Hidup akan berserabut jika TUHAN tiada di hati, Kemaruk cinta kalau bukan kepada ALLAH, hanya akan menyeksa batin.
(page 501, 3rd last paragraph...)
"Sebaik-baik penawar adalah meredakan diri pada ALLAH,"
(page 518, 3rd last paragraph...)
the report of maria's condition by dr.azlan
(page 534-536, this one is really important in order to understand the whole story...)
"Yang Arif, biarlah kita tersilap memberi ampun tapi jangan sekali-kali tersalah hukum."
(page 552, 2nd last paragraph before new scene)
the last one, i think is the writer's favourite...since he use it again in the trilogy of "bagaikan puteri"
and for the record, i give this book 4 and a half star
p/s : thanx kak aiman because introducing m3 to more books from ramlee awang murshid.

Monday, December 1, 2008

MakaN2 di iKea...

(IKEA at mutiara damansara...)

seperti yang dijanjikan, semalam abah dah bawak kami 3 beradik untuk makan ikan salmon kat ikea...not bad, got new experience also...plus spending a quality time with family is the best of all right???


(order abah, along dan saya; poached salmon...)


(aliaa punye order...)
(abah punya side order...)

(daim cake yang sedap...)

lepas asar kami bertolak, jam sangat teruk...tapi alhamdulillah, selamat tiba ke destinasi...terus beratur gi order, restoran dia ni amek konsep dewan makan kat asrama...hehe, kena beratur amek menu yang kita nak...maka, kami pun pilihla menu idaman...saya, along ngan abah amek poached salmon...abah dengan tambahan 5 meatballs with fries, aliaa order ayam ngan kek daim (sangat sedap yang ni...)....pastu masa dekat kaunter ternampak pudding dalam bekas, amekla satu nak try...

restoran ikea ni agak berdisiplin, makanan dia x boleh take away kecuali sandwich atau makanan yang x abeh...pastu minum air kotak x leh dalam gelas, gelas hanya untuk soft drinks yang boleh direfill ikut suka hati...cawan lak hanya untuk coffee dan air seangkatan (hot beverages), and just for the record ; the surrounding kat restoran ni reminds m3 a lot dengan suasana dalam flight...macam ade meh2 (iras) tatacara makan dalam flight, anyway the food is very delicious...thanx abah for the treat and ride

rancangan untuk berjalan-jalan ke OU tidak menjadi, disebabkan tiada keterujaan untuk bersiap...maka, perancangan itu dipostpone ke minggu depan, hari sabtu...kalo x jadi jugak x tahula bile lagi boleh keluar, ingat next week sebelum raya nak singgah UM jap...nak bagi baju kat orang, dah lame simpan x bagi2...

rupe2nye ikea ni memang org sweden yang establish dia...baru tau, padanla makanan die banyak dari sweden...hehe, bukan nak komen pasal produk...makanan jugak yang jadi perhatian, anyway kek daim tu akan dicari resipinya dan akan dibuat suatu hari nanti...insyaALLAH, serius sedap...saya mahu lagi

handPhoNE iDaman...??? perhAps...

(open, close, and backside...)
yang pertama adalah nokia 8800...huhu, ni pun tiba2 ternampak dalam paper...mEGA, bertarikh 27 november 2008...saya ni bukanlah penggemar gadget2 ni, tapi handphone yang ada sekarang dah selalu sakit2...tu yang intai2 jugak phone baru ni

back to cerita nokia8800 ni, mula2 baca spesifikasi dia cam best je...pastu kat perenggan terakhir review tu ada la dia catatkan harga handphone ni, huhu...adala dalam rm5688, adeh...excitement yang membara terus padam dan lenyap, dengan muka2 sekali jadi masam...haha, lebih baik buat duit tu gi umrah lagi sekali, lebih banyak faedahnya...lagipun handpphone macam tu, kalola tiba2 hilang...menangis pun x guna, dan perompak itu akan senyum sampai telinga...tu pun kalo die tahu harga sebenar phone tu, maka terusla jadi idaman je...takkan direalisasikan, kot...

ada lagi satu phone, dari paper yang sama jugak...jenama LG, sebenarnya tak suka sangat produk dari jenama ni...no reason, it is just m3...tapi orait jugak la bile bace specs die, tapi bentuk dia sekali tengok memang sebijik kamera...ok jer for m3, harganye pun ok sikit laa daripada nokia kat atas tu, dalam rm2088...nanti bila dah sampai masa nak beli fon mungkin dah turun sikit, tapi nak beli jenama LG ni kena pk 2 3 kali...hoho, minat x salah kan...

tapi sekarang bukan mmasanya nak beli handphone, baru survey je...=)

moMoK maLaM juMAaT...

nama suratkhabar : utUsan maLaysiA
tarikh : 27 november 2008

Hentikan budaya momokan Jumaat
Oleh SYED MIKAEL RIZAL AIDID

malam Jumaat yang penuh kemuliaan untuk umat Islam semakin dicemari. Daripada momokan mitos, cereka layar panggung hinggalah ke kaca televisyen, sentimen malam Jumaat sering disalah ertikan. Malam barakah yang sepatutnya dihiasi dengan amal ibadah, yasin dan tahlil, tampak lebih mesra di kalangan umat Islam khususnya Melayu sebagai malam yang seram lagi menakutkan.
Bergenerasi lamanya mungkin datuk, nenek kita telah menjadikan cerita-cerita seram berkaitan malam Jumaat ini sebagai mekanisme untuk menakut-nakutkan kita yang nakal semasa kecil dulu. Sedar atau tidak, cerita-cerita ini semakin mengakar dalam hidup orang Melayu, hatta hendak melintas pokok besar pun masih hendak meminta izin pada 'datuk' yang menjaganya.
Syarikat-syarikat produksi filem yang mengeluarkan lambakan cerita-cerita 'hantu' dan seram kepada syarikat televisyen perdana juga menyumbang kepada budaya negatif ini.
Menambahkan lagi perisa dan rencah kepada 'penghayatan' cerita ini, sudah tentu slotnya ditayangkan pada malam Jumaat, malam yang kononnya amat 'misteri' bagi penggemar-penggemar alam mistik. Amat malang sekali apabila malam yang sepatutnya diisi dengan fadilat kebesaran hari Jumaat, siri-siri diskusi ilmiah dan slot-slot tazkirah diganti dengan pengisian mitos dan melalaikan.
Makhluk
Islam tidak pernah menafikan akan kewujudan makhluk halus dan alam ghaib. Islam dari awal lagi telah meletakkan garis yang jelas untuk kita percaya akan kewujudannya dan dalam masa yang sama melarang kita takut kepadanya. Ketakutan kita yang paling hakiki hanyalah mutlak kepada Allah SWT.
Minat yang mendalam kepada perkara ghaib ini jelas berlaku di kelas-kelas agama di sekolah, bila membincangkan tentang bab alam ghaib dan makhluk halus, yang menjadi perhatian pelajar adalah bagaimana rupa bentuk makhluk yang mengerikan itu (khususnya jin dan syaitan) dan bukannya kepada hal-hal yang memberitahu kenapa Allah SWT menjadikan 'mereka' dan perihal bahawa 'mereka' juga wajib beriman kepada-NYA.
Kecenderungan inilah juga yang dipercayai menjadi penyelesaian mudah bagi guru-guru menayangkan 'sajak kematian' kepada pelajar naif semuda 7 tahun di beberapa buah sekolah baru-baru ini.
Kesan langsung akibat pendidikan dan rangka bina kehidupan seseorang yang selama ini diisi dengan elemen-elemen seram dan tahyul, tidak dapat tidak akan melahirkan generasi yang penakut.
'Ketakutan buatan' inilah yang menjadikan generasi muda kita pada hari ini seakan-akan takut mencuba, takut gagal, takut ke depan, hatta mahu memberi cadangan pun takut.
Justeru, budaya memomokkan anak bangsa kita dengan ketakutan wajar dihentikan segera. Ia harus bermula dengan kesedaran ibu bapa yang mendidik anak-anak dengan kasih sayang dan ketegasan dan bukannya dengan momokan ketakutan dan tahyul.
Pihak Kementerian Penerangan juga wajar mengeluarkan arahan tegas agar setiap syarikat televisyen menghentikan menyiarkan tayangan berunsur seram pada setiap malam Jumaat demi menghormati hari yang mulia itu.
Tidak dinafikan 'hit' atau respons penonton muda terhadap rancangan seperti ini memang tinggi, serta slot iklan di celah-celah cerita seram itu juga menyumbang kepada 'pengayaan' dana syarikat televisyen gergasi negara. Sedarlah, setiap satu saat tayangan yang sarat dengan budaya negatif ini akan memberi kesan langsung kepada pembentukan akhlak generasi muda kita.

bila baca tajuk ni ingatkan x de pape, isi biase je...tapi tibe2 terasa nak teruskan pembacaan, pastu bace laa...dush!!! kena sabijik...huhu, saya ni sebenarnye pengikut setia cerita seram malam khamis kat tv3 tu...yang pukul 9.30 malam tu, mula dengan cerita "kekasihku seru" je sebenarnya...berlanjut pulak dengan cerita "puaka niyang rapik", tapi cite tu je yang saya tengok, lepas tu sambung belajar dan buat rutin biasa setiap malam...hurm, tapi tetap terasa bila baca artikel tu...insyaALLAH, selepas ini akan tingkatkan lagi kualiti ibadah...

Sunday, November 30, 2008

bLog oH blOg...

(dapat gamba logo je...)

perancangan pada hari ini, konon2nye nak pegi OU atau onE utamA untuk shopping membeli hadiah hari jadi...tapi sampai sekarang masih di bilik along mengusha blog orang sambil berusaha menghantar gamba pada marina

sangat susa nak anta semua gamba pada marina, mungkin kerana kurang pengetahuan dalam bidang ni atau tak berani mencuba, tapi tetap lambat prosesnya berjalan...rasanya lebih senang hanta gmba ikut ym daripada email, tapi tadi ajak marina photo sharing no response lak...nampaknye kena tunggu sem bukak laa pulak

(yahoo messenger chatbox...)

cakap pasal ym, tadi ade offline message dari otom3n!!! yay...hehe, semalam die ade ajak ym...tapi mase tu kat lwa g tesco tak silap, camne nak online...maap ye, saya online selalunya malam dan siang...hehe, mase x fixed...

back tu cerita pegi OU, abah pun cakap nak gi ikea makan salmon...mama pegi latihan menembak hari ni, saya masih dalam proses mengkhatamkan koleksi novel yang baru dibeli tu...sekarang tengah baca "rahsia perindu"...agak terpengaruh ngan novel ni, ada gangguan sikit tido malam...haih, jarang begini...selalunya bile tengok tv je yang jadi camtu, baca novel jarang...ni mesti kes baca ayat provokasi kat belakang kulit novel tu kot, huhu...

btw, rupe2nye ade 2 lagi novel yang tak disenaraikan semalam...ada novel "tunggu teduh dulu" dari faisal tehrani dan another one is puisi genre of book, tak ingat tajuk...nanti nak buat review tentang novel2 ni

(maxis broadband...)
OR
(celcom broadband...)

semalam pegi tesco, jalan2 ngan family sambil beli groceries...dah hujung bulan kan, itula aktiviti bulanan...pastu ade booth2 broadband, huhu...singgah kat maxis ngan celcom amek pamphlet, tanya pendapat abah...x tau abah setuju ke tak, i think i really need one of them...my laptop dah ditahap kritikal, huhu...

esok dah 1 disember, dah dekat nak bukak sem...hurm, need to be organized back...=)

love being in college a.k.a. with all my friends, rasa ada sesuatu yang boleh disumbangkan...macam tu gak rasa bila ada around family, ada cerita yang boleh dikongsi dan aktiviti yang boleh dilakukan...

(apakah...?)

along ngan aliaa sekarang tengah tengok nona, exposure tentang perkahwinan asyraf ngan bunga...mereka sangat obses, dunno why...my siblings yang 2 orang ni mmg org kuat hiburan, mainly cerita2 artis mereka memang tau...kalo aliaa tu, cerita pasal erra mmg boleh kalo tanya dia je...kalo along lak, mainly cerita dari timur, jepun or korea....huhu, enough2...takutnya bercakap pasal orang ni, anyway november nearly end...

Saturday, November 29, 2008

dAy ouTsiDe thE hoUse...

(the road not taken...)
saya ingat bila je masuk zon cuti ni dapatla memerap diri di rumah seperti yang dihajati, rupanya tidak...huhu, tapi apa2 pun saya dapat spend quality time with my family...

mana tak nye, elok je cuti mule, saya dah join trip berjalan-jalan di terengganu...part of the trip is already with my family, alhamdulillah...lepas tu, gi jalan2 ke jAyA juSco ngan mama...mama sampai amek cuti sebab nak spend quality time ngan anak2, yang ditinggalkan hampir seminggu sebab kene attend kursus...hoho, pastu pulak hari ni, pegi nilai...ade kenduri kawen, adik ipar uncle zamri...travel time tu lebih dari masa dok umah, banyak gak plan tergendala...tapi semuanya tetap yang terbaik dari-Nya, alhamdulillah...

cuti ni ada banyak sangat novel nak kena khatam, cakap banyak sangat tu x de la lebih dari sepuluh kan...antara novel2nya;




1. rahsia perindu by ramlee awang murshid

2. kitab cinta yusof dan zulaikha by taufiqurrahman al-azizy

3. mengapa aku jadi pengetua? by kusyi hirdan

4. ahli al-kimia

5. bukan yang pertama by salina ibrahim

itu pun rasa macam nak tambah koleksi lagi masa gi mph kat jj ari tu, huhu...tapi tahan je diri, tunggu habis dulu yang sedia ada...i always enjoy reading, especially novels...x kira la genre ape pun, tapi prefer genre islamic...ari tu qadha' baca surat kaba surat kaba yang bersepah kat ruang tamu tu, rupa2nya banyak info berguna yang boleh dijadikan panduan...nanti saya share kat blog ni, insyaALLAH...

sebnanye susa gak tulis blog senyap2 gini, sebab kena cari waktu yang sesuai...pastu idea pun tertunggak, nak post entry pun jadi x best...tapi saya x suka heboh2, sape yang tau tu tau la...huhu, rupe2nye ramai dak second yg dah lame wat blog...baru tau td, sebab rajin sangat buka blog orang kan, tapi x nak share blog sendiri...i'm not into it, this is just my way to express what is inside m3...

trus terang saya cakap, wtiting is my way to fulfill my time...other than reading, of course...kan best kalo my beloved laptop x buat hal, lagi tenteram nak update blog. skrg ni kena guna laptop along...huhu, anyway rasenye dah panjang ngat ni...got to stop ere